topbella

Thursday, September 27, 2012

Kerana Gelaran....

kisah al-Imam Abu Hanifah radhiyallahu anhu. Satu hari ketika beliau sedang berjalan, tiba-tiba ternampak oleh beliau seorang kanak-kanak sedang berjalan dengan memakai kasut kayu. Beliau seraya menegur budak tersebut dengan mengatakan :

" Wahai budak, jaga-jaga dengan kasut kayumu itu. Bimbang engkau akan tergelincir nanti "

Budak tersebut mengucapkan terima kasih di atas perhatian al-Imam kepadanya. Budak itu tiba-tiba bertanya :
"Wahai Tuan, siapakah nama tuan?"

Al-Imam Abu Hanifah lalu menjawab :
"Namaku Nu'man "

"Oh, rupa-rupanya tuanlah yang digelar al-Imam al-A'dzam ( Imam Yang Sangat Hebat) itu?"budak itu bertanya kembali kepada al-Imam Abu Hanifah.

al-Imam Abu Hanifah lalu menjawab :

"Bukan aku yang meletakkan gelaran tersebut. Namun orang ramai yang bersangka baik denganku meletakkannya"

Budak itu lalu menjawab :
"Wahai Imam, janganlah engkau sampai tergelincir ke dalam api neraka disebabkan gelaranmu itu, aku hanya memakai kasut kayu yang jika aku tergelincir sekalipun hanya di dunia semata-mata.. Namun gelaranmu itu terkadang membuatkan seseorang akan tergelincir ke dalam neraka Allah taala lantaran angkuh dan berbangga-bangga"

Menangis al-Imam Abu Hanifah radhiyallahu anhu mendengar nasihat daripada kanak-kanak kecil tersebut.
Allahu Allah..Moga saya juga dapat mengambil akhlak dan peribadi al-Imam Abu Hanifah al-Imam al-A'dzam ini...

Sumber : Blog Ustaz Mohd Nazrul

Wednesday, September 26, 2012

Mereka adalah umatku......


Suasana di majlis pertemuan itu hening sejenak Semua yang hadir diam membatu.Mereka seperti sedang memikirkan sesuatu. Lebih-lebih lagi Saidina Abu Bakar ra.

Itulah pertama kali dia mendengar orang yang sangat dikasihi dan disayangi melafazkan pengakuan demikian.

Seulas senyuman yang sedia terukir dibibirnya pun terungkai.

Wajahnya yang tenang berubah warna.

"Apakah maksudmu berkata demikian wahai Rasulullah? Bukankah kami ini saudara-saudaramu? " Saidina Abu Bakar ra bertanya melepaskan gumpalan teka-teki yang mula menyerabut fikiran.

"Tidak, wahai Abu Bakar.Kamu semua adalah sahabat-sahabatku tetapi bukan saudara-saudaraku (ikhwan)," suara Rasulullah saw bernada rendah dan sayu.

"Kami juga ikhwanmu, wahai Rasulullah," kata seorang sahabat yang lain pula.

Rasulullah saw menggeleng-gelangkan kepalanya perlahan-lahan sambil tersenyum di wajahnya.

Kemudian baginda saw bersuara, "Saudaraku ialah mereka yang belum pernah melihatku tetapi mereka beriman denganku sebagai Rasulullah dan mereka sangat mencintaiku. Malahan kecintaan mereka kepadaku melebihi cinta mereka kepada anak-anak dan orang tua mereka."

Pada ketika yang lain pula,Rasulullah saw menceritakan tentang keimanan 'ikhwan' baginda saw: "Siapakah yang paling ajaib imannya?" tanya Rasulullah saw.

"Malaikat," jawab sahabat.

"Bagaimana para malaikat tidak beriman kepada Allah sedangkan mereka sentiasa hampir dengan Allah," jelas Rasulullah saw.

Para sahabat terdiam seketika. Kemudian mereka berkata lagi, "Para nabi."

"Bagaimana para nabi tidak beriman, sedangkan wahyu diturunkan kepada mereka."

"Mungkin kami," celah seorang sahabat.

"Bagaimana kamu tidak beriman sedangkan aku berada ditengah-tengah kamu," pintas Rasulullah saw menyangkal hujah sahabatnya itu.

"Kalau begitu, hanya Allah swt dan Rasul-Nya sahaja yang lebih mengetahui," jawab seorang sahabat lagi, mengakui kelemahan mereka.

"Kalau kamu ingin tahu siapa mereka? Mereka ialah umatku yang hidup selepasku. Mereka membaca Al Quran dan beriman dengan semua isinya. Berbahagialah orang yang dapat berjumpa dan beriman denganku. Dan tujuh kali lebih berbahagia orang yang beriman denganku tetapi tidak pernah berjumpa denganku," jelas Rasulullah saw.

"Aku sangat rindu hendak bertemu dengan mereka," ucap Rasulullah saw lagi setelah seketika membisu.

Ada berbaur kesayuan pada ucapannya itu..

Beruntunglah orang yang mencintai Sayyidina Rasulillah. Sekuat mana pun kita cinta pada Rasulullah, sebenarnya Baginda telah mencintai kita terlebih dahulu. Begitu kasihnya Rasulullah pada umatnya.
اللهمَّ صلِّ على سيِّدنا محمَّد وعلى آلِه وصحبِه وسلِّم

Du'a buat GURU ^^


عيب معلمي عني ولا تذهب بركة علمه مني اللهم استر


"Ya Allah, tutupilah aib guruku dari pandanganku dan janganlah Engkau hilangkan keberkatan ilmunya daripadaku!"


اللهم اغفر لمشايخنا ولم علّمنا وارحمهم, واكرم مكانتهم و مثواهم, يا أرحم الراحمين. 


"Ya Allah, ampunilah guru-guru kami dan orang yang pernah mengajar kami, serta rahmatilah mereka semua, Engkau muliakanlah kedudukan mereka dan tempat kembali mereka, wahai Tuhan Yang Paling Pengasih." 


وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم عدد ما ذكره الذاكرون وغفل عن ذكره الغافلون سبحان ربك رب العزة عما يصفون وسلام على المرسلين والحمد لله رب العالمين
آمين

Monday, September 24, 2012

Tazkirah dari Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man


TEMAN-TEMAN, ELAKKAN BERKATA NEGATIF

Untuk menjadi orang yang positif, langkah pertama yang perlu diambil ialah menjaga mulut kita - perhatikan apa yang kita katakan pada diri sendiri,

Ingatlah air liur kita ada fungsinya - jika kita bercakap benda tak baik, ia akan menjadi racun, bila ia ditelan membawa perasaan negatif, malas badan dan membuka ruang untuk bisikan syaitan datang bermain di minda.

Bila kita berkata benda yang baik - dengan senyuman air liur penawar dihasilkan yang apabila ditelan membuatkan kita terasa ceria - ingatlah tatkala kita ceria, otak kita ringan, tidak terfikir masalah, kerana air liur penawar itu adalah penghalang kemasukan syaitan yang boleh mengganggu minda.

Jika anda seorang yang negatif, mulalah menjadi positif dengan membuat komitmen :
"Mulai hari ini, saya tidak akan mengkritik diri sendiri. Jika saya tiada apa yang baik untuk diperkatakan mengenai diri saya, saya akan diam". 

Tazkirah dari Syeikh Nuruddin al-Banjari ^_^


Pertama:
Kita malas ke surau/masjid bukan kerana kita malas.. Tetapi kerana surau atau masjid itu sendiri tidak merindui kita.

Kedua:
Mengapa surau atau masjid tidak merindui kita?
Jawapan: Kerana kita tidak menghormatinya.

Ketiga:
Apakah contoh perbuatan tidak menghormati surau atau masjid?
Jawapan: Bercakap2 di dalamnya.. Membuang masa, membuat perkara2 lagha... Begitu juga dengan ilmu dan Al-Quran.

Keempat:
Mengapa kita belajar tetapi tidak lekat di kepala? Mengapa kita menghafaz tetapi cepat lupa?
Jawapan: Bukan kerana kita yang pelupa.. Tetapi ilmu atau ayat quran tersebut yang rasa tidak dihormati lalu lari dari kita.

Kelima:
Antara contoh tidak menghormati Al-Quran atau ilmu ialah meletakkan Al-Quran atau kitab2 di tempat yang rendah.

Keenam:
Selain itu, syeikh juga menggalakkan kita untuk berzikir sebanyak2nya.. Antaranya.. Subhanallah (ianya akan memenuhi timbangan) dan Alhamdulillah (ianya memenuhi langit dan bumi).

Ketujuh:
Banyakkan membaca bismillah (insyaAllah akan mendapat pertolongan Allah).

Kelapan:
Amalkan Surah Al-Fatihah dan dibacakan kepada air 7 kali lalu diminum.. Insya Allah.. Sembuh penyakit (baca dengan yakin..)

Selamat beramal..
Barakallhufik..



SEISTIMEWA HUZAIFAH AL YAMANI


penyimpan rahsia Rasulullah..

Nama sebenarnya ialah Huzaifah bin Yaman bin Jabir al- Abasi RA. Dia telah memeluk islam bersama-sama ayahnya. Namun, ayah Huzaifah RA syahid secara tidak sengaja kerana terbunuh oleh bunuh orang islam. Orang Islam pada masa itu tersalah sangka kerana menyangkakan ayahnya musuh, padahal ayahnya terlewat sampai untuk mengikuti pasukan tentera Islam pada masa itu. Ketika itu ayahnya menutup muka dengan selendang, jadi orang- orang Islam tidak dapat kenal siapa. Belum sempat Huzaifah RA selamatkan ayahnya, ayahnya telah meninggal sewaktu Huzaifah RA tiba berhampiran. Pada ketika itu, Huzaifah RA cuma berkata, "semoga Allah mengampunkan dosa kamu, sesungguhnya Allah itu Arhamur Rahimin." Bila dibayar denda untuk ayahnya, Huzaifah RA membahagi-bahagikan sahaja wang tersebut kepada orang miskin pada masa itu juga.

Penyimpan rahsia Nabi SAW:
· memegang amanah menyimpan nama orang-orang munafik - Allah memberitahu Nabi SAW berikutan larangan untuk solat jenazah bagi orang-orang munafik, (lepas kematian Abdullah bin Ubai, ketua munafik masa itu (anak Abdullah bin Ubai, namanya Abdullah bin Abdullah - perfect sahabat, bukan munafik)

· Bila Umar RA dilantik menjadi khalifah, Umar RA pernah bertanya kalau ada gabenor-gabenor yang dilantik terdiri daripada orang munafik. Huzaifah RA memberitahu ada seorang, tetapi tidak diberitahu siapa gerangannya- Umar memecat sendiri berdasarkan pemerhatiannya.

· Umar RA pernah bertanya kepada Huzaifah tentang dirinya sendiri, adakah dia tergolong dalam senarai orang munafik? Huzaifah RA terkejut, kerana seorang Amirul mukminin yang hebat bertanyakan soalan seperti itu. Pada mulanya beliau enggan memberitahu, tetapi Umar RA tetap ingin tahu, akhirnya Huzaifah RA memberitahu beliau, dan beliau bersumpah tidak akan memberitahu sesiapa selepas ini jika ada orang yang bertanyakan seperti Umar RA lagi.

· Umar RA akan tanya apabila ada satu- satu kematian, sama ada Huzaifah RA pergi atau tidak untuk solat jenazah. Umar RA tidak akan pergi solat jenazah jika baginda tahu Huzaifah RA tidak pergi.

Sewaktu perang Khandak, Huzaifah RA menyamar menjadi pengintip. Waktu malam itu cukup sejuk dan gelap. Rasulullah SAW hendakkan seorang pergi mengintip apa yang sedang musuh-musuh lakukan waktu itu. Arahan Rasulullah ialah pergi intip dan balik, dan tidak membuat sebarang tindakan. Apabila beliau diperintahkan keluar mengintip, tiba- tiba badannya terasa panas dan selesa, tidak sejuk seperti sebelum itu. Sewaktu dalam perjalanan pergi mengintip, Huzaifah RA ternampak Abu Sufyan.

Pada waktu itu, dia mempunyai peluang untuk bunuh Abu Sufyan, memang peluang amat cerah untuk Abu Sufyan mati ditangannya. Tetapi apabila teringatkan pesanan Nabi SA,supaya tidak membuat sebarang tindakan, maka dia taat kepada perintah Rasulullah. Beliau merapati khemah orang musyrik masa itu, dan duduk bersama mereka. Ketika itu, Huzaifah RA hampir-hampir diketahui musuh, apabila salah seorang daripada musyrikin memberitahu bahawa yang antara mereka ini, ada pengintip. Jadi, semua orang disuruh memegang tangan orang yang berada di sebelah dan tanya siapakah orang itu. Huzaifah RA cepat- cepat memegang tangan orang di sebelahnya dan tanya siapa dia, sebelum Huzaifah ditanya dahulu. Maka, terselamatlah Huzaifah RA.

Hikmah Huzaifah RA tidak bunuh Abu Sufyan ialah, Abu Sufyan sewaktu itu sedang mengemas-ngemas beg dan memberitahu tentera Quraisy yang dia sudah bersedia untuk balik ke Mekah dan melupakan perang ini. Jika ada sesiapa yang hendak balik bersamanya, mereka boleh ikut sekali, dan kalau sesapa yang masih ingin meneruskan peperangan, dia tak menghalang. Kesannya, kesatuan orang- orang musyrik waktu itu terpecah apabila terdengar Abu Sufyan berkata seperti itu. Jika Huzaifah RA bunuh Abu Sufyan tadi, orang- orang musyrik tidak dengar apa yang Abu Sufyan bakal cakapkan. (dan kita semua tahu, yang Abu Sufyan kemudiannya memeluk Islam sewaktu hampir pembukaan Mekah.) Apabila Huzaifah RA balik ke khemah, badannya terasa sejuk kembali, tidak panas seperti semasa dia keluar mengintip.

Huzaifah dilantik menjadi gabenor Madain (satu tempat di Iraq) semasa Umar RA menjadi khalifah. Orang awam bersiap-siap untuk menyambut kedatangannya. Tetapi pada hari itu, Huzaifah RA datang dengan menaiki keldai, di tangannya terdapat roti dengan garam. Madain yang dulunya di bawah pemerintahan kerajaan Parsi, terdapat banyak istana. Orang ramai bertanya Huzaifah RA, istana yang manakah yang menjadi pilihannya, tetapi Huzaifah RA minta rumah biasa sahaja sebagai rumahnya, sedikit makanan untuk beliau dan makanan keldai.

Umar RA pernah memberitahu orang ramai yang baginda inginkan masjid yang penuh dengan pemuda-pemuda seperti Abu Ubaidah RA, Muaz bin Jabal RA dan Huzaifah RA. Untuk membuktikan kelebihan 3 orang sahabat ini, Umar RA menyuruh hambanya bawa harta dan berikan kepada ketiga-tiga sahabat ini, baginda ingin menguji reaksi ketiga-tiga pemuda ini, dan kemudiannya hamba Umar itu dikehendaki balik dan melaporkan kepada Umar RA dan orang yang duduk bersama-sama Umar pada masa itu. Apabila mendapat duit, ketiga- tiga sahabat ini telah menginfaqkan kesemua wang yang mereka peroleh. Apabila mendengar laporan itu, Umar RA berkata, "Telah aku jangkakan dan beritahu kalian tindakan mereka.."

Apabila hampir saat kematian beliau, orang ramai bertanya mengapa beliau menangis? Huzaifah RA memberitahu bahawa yang dia menangis bukan kerana sayangkan dunia, bahkan mati lagi menjadi kesukaannya, tetapi beliau risau sama ada beliau akan mati dalam keadaan Allah redha kepadanya atau sebaliknya.

Apabila hampir saat kematian, Huzaifah RA mintak dilihatkan kain kapannya. Apabila ditunjukkan kain kapan yang baik kualitinya, Huzaifah RA minta tukar yang lain, yang lebih sederhana.

Huzaifah meninggal pada tahun 36 Hijrah, 40 malam selepas kematian Sayidina Usman RA dan dimakamkan di Madain (Madain juga tempat kubur Salman Farsi RA dengan Jabir bin Abdullah RA).

{copy}

Thursday, September 13, 2012

Barakallah... ^_^





Alhamdulillah…
Berita yang aku terima sebentar tadi benar-benar buatku gembira… subhanallah… Alhamdulillah… Allahuakhbar…. Hanya lafaz ini yang terzahir di bibirku.. hati ku? Subhanallah…. Hanya Allah sahaja yang tahu… Allah….

Aku doakan yang terbaik buat mu sahabatku… doaku buat mu… Semoga bahtera yang kau ingin bina terbina kukuh dengan redha  Allah sejak kau memilih dia menjadi teman hidupmu… mengejar cinta Ilahi..  menyempurnakan lagi imanmu…

Ilahi Rabbi… Barakallah sahabat…  moga Allah memudahkan urusanmu… Aamiin… ^_^

Aku bahagia dengan kebahagiaanmu… ^_^v

09092012
 
Sampaikan© Designed by: Compartidisimo