topbella

Wednesday, April 20, 2011

Muhasabah 1: Solat dari hati



Solat dapat mencegah diri dari perbuatan keji dan mungkar.

Tatkala aku teringat wahyu Allah ini, semakin aku rasa diri ini sangat kerdil. Apakah yang telah aku lakukan selama ini? Adakah aku benar benar solat dari hati?

Berteleku aku sebentar. Mengingati semula solat yang aku lakukan sebelum ini. Adakah aku menghayati setiap bait-bait yang aku ucapkan ketika solat? Adakah aku memahami setiap apa yang aku lafazkan? Aku semakin buntu.. di mana silap aku sehingga aku sendiri tidak tahu apa yang aku ucapkan ketika solat? Adakah aku solat hanya sekadar mencukupkan 5 waktu sehari, atau aku solat kerana kebiasaan yang aku lakukan sehari- harian?

Bagaimana aku telah bersikap lalai ketika solat, sedang aku tahu, solat itu adalah komunikasi antara aku dan penciptaku. Betapa aku bersikap tidak acuh ketika berinteraksi dengan penciptaku.. Astaghfirullah…

Natijahnya, lihat sahaja pada akhlak ku yang semakin hari semakin tidak sopan. Ya, barangkali ada sahaja tingkahlaku aku yang menjadi punca kepada ketidak puasan hati manusia lain, bahkan membuatkan hati aku semakin kotor..

Solat ku, aku ukur pada setiap butir bicaraku pada manusia lain. Ya, ada yang bertanya, apakah indicator untuk solat diterima atau tidak? Ada yang berkata, itu urusan Allah, tidak layak bukan bagi kita untuk menilainya. Aku tidak menilai solat ku dari kacamata pencipta(Allah), tapi aku menilai solatku dari kacamata aku,manusia yang hina tetapi berlandaskan garis panduan yang diberi Allah.

Berbalik kepada firman Allah, solat yang sebenar-benar solat, iaitu solat dari hati itu mampu mencegah diri dari perbuatan keji dan mungkar. Ya, adakah kita antara orang orang yang berfikir? Hayati setiap bait-bait firman Allah ini, agar dipasakkan jauh di dalam jiwa kita, agar benar-benar kita menjadikan ayat Allah ini panduan dalam hidup kita.

Wallahuta’ala’alam….

 
Sampaikan© Designed by: Compartidisimo