topbella
Showing posts with label Tazkirah. Show all posts
Showing posts with label Tazkirah. Show all posts

Sunday, January 2, 2011

PerLuKAh MaTA?


Bismillahirrahmanirrahim.. Selawat dan salam buat junjungan rasulullah saw dan keluarga baginda serta para sahabat baginda yang di kasihi Allah.

Keredhaan Allah terletak dibelakang keredhaan ibu dan bapa..

Ibu dan ayah adalah anugerah tak ternilai dari Allah.. Adakah kita anak-anak sedar tentang perkara ini.. Atau kita sekadar sedar?

Seorang ibu itu tidak perlu mata untuk membesarkan anak-anaknya..

Ye ke?

Jawapannya ya. Bagaimana ibu atau ayah yang buta membesarkan anak-anak?

Perkataan yang paling bijaksana untuk saya katakan adalah seorang ayah atau ibu membesarkan anak-anak mereka dengan mata hati.. Mereka mungkin buta di mata, tapi tidak pada hati.

Kasih dan sayang yang Allah campak di dalam hati setiap ayah dan ibu.. Itu yang memandu mereka membesarkan anak-anak mereka…

Sesungguhnya kasih sayang seorang ayah dan ibu tiada bandingannya. Terlalu besar pengorbanan yang mereka lakukan demi yang terbaik buat anak-anak mereka.

Mereka sanggup bergadai nyawa demi anak-anak mereka.

Seorang ayah sanggup berhutang dengan along, rasuah, dan sebagainya untuk memberi keselesaan pada anak-anak..

Seorang ibu sanggup menjadi pelacur, GRO dan sebagainya untuk mendapatkan wang membela nasib anaknya yang hidup di dunia materialistic ini..

Ya.. Cara yang mereka lakukan ini salah, namun, harus kembali kepada tujuan mereka melakukan perkara tersebut. Ingin membesarkan anak-anak mereka…

Saya tidak membela pelacur, GRO, atau perasuah.. Namun, sekadar membawa diri melihat di dalam kehidupan mereka.

Seorang anak yang bijak ialah anak yang secara bijaksana membawa ayah dan ibu kembali kepada Islam. Bukan anak yang menghina, menyisihkan atau menyalahkan kedua ibu bapa mereka dengan kesalahan yang telah mereka lakukan..

Tahukah kalian bahawa untuk membesarkan kita, ibu bapa kita menghadapi terlalu banyak cabaran.

Semasa kita masih bayi, kita menangis, di dodoikan, kita masih menangis, di beri susu, kita masih menangis, di tukarkan lampin, masih jua kita menangis.. Tahukah kalian, bahawa sampai satu tahap ibu bapa buntu untuk memenuhi kehendak kita.. Ingin di tanyakan pada kita apa yang kita mahu.., tapi ketika itu kita masih bayi, tidak boleh berkata-kata…

Subhanallah.. Kebesaran Mu juga terlihat di sebalik kasih sayang ibu bapa kami…

Tatkala kita sudah dewasa, menjadi remaja, kita semakin menjadi-jadi, remaja berdarah panas..
Sekali di tegur, melenting, meninggikan suara.. Pantang ditegur. Habis pintu bilik berdentum di hempas.. Perkara yang betul di tegur ibu dan ayah, kita melawan membantah.. Mereka cakap secara lembut, kita lawan.. perlekehkan.. Mereka bertegas, kita merajuk.. Kita telah buat ayah dan ibu kita buntu.. Buntu untuk menasihati kita.. Mereka bersoal jawab di dalam diri.. “Bagaimana caranya untuk aku menegur anak-anak ku lagi? Salahkah cara aku?”

AstaghfirullahalA’zim.. Keampunan mu ku harapkan.. Agar aku memuliakan kedua ibu bapa ku ketika aku masih hidup… Ameen..

Saya juga seorang anak yang sering melakukan kesalahan.. Seringkali menyakiti hati ibu dan ayah sama ada sedar atau tidak.. Semoga saya mampu membahagiakan ibu dan bapa saya sehingga nyawa terpisah dari jasad saya.. InsyaAllah. Amin.

Mak dan Abah.. Maafkan anak mu andai anakmu ini buta.. Buta dalam menilai kasih sayang mu, buta untuk melihat pengorbananmu..

Mak dan Abah.. Hanya Allah yang mampu membalas pengorbanan mu..

Marilah kita sama-sama mencelikkan mata hati dalam menilai kasih sayang ibu bapa kita.. Menghargai anugerah tidak ternilai dari Allah buat kita.. InsyaAllah..

Wallahuta’alaA’lam..

Tuesday, October 26, 2010

Akhirnya....

Alhamdulillah, akhirnya dapat juga aku teruskan untuk menyampaikan risalah nubuwwah... Alhamdulillah, walau telah lama aku tangguh kan... akhirnya allah bagi aku ruang dan peluang untuk menyampaikan sedikit ilmu yang aku ada... alhamdulillah....semoga apa yang aku sampaikan sedikit sebanyak dapat memberi impak pada aku dan adik usrah aku...

tajuk yang aku bawakan adalah syahadah.. agak berat untuk bawa tajuk yang begitu serius, jika dibandingkan dengan ilmu aku yang tidak seberapa..

namun, tajuk ni sangat penting kerana ia kunci kepada keislaman kita..
mungkin mudah untuk kita ucapkan kalimah syahada, namun, untuk kita fahami, selami dan imani maksud bait-bait kalimah keramat ini amat sukar... penghayatan dengan penuh kekhusyukan itu amat penting dalam kita mengucap kalimah ikrar ini dengan Allah..

secara amnya, memang kita sering mengatakan bahawa kita sudah mngucapkan kalimah syahadah, namun tahukah kita disebalik kalimah itu terdapat seribu keindahan, sribu penyaksian kita dengan Allah....

Sunday, October 24, 2010

Perutusan Rindu...

Malam ini aku terfikirkan sahabat seperjuangan ku.. adakah mereka mampu menempuh mehnah dan tribulasi dalam perjuangan ini.. mungkin mereka sedang di uji dengan hati, wang, kefahaman dan sebagainya.. ya Allah, peliharalah hati mereka. Tetapkanlah hati mereka. Agar mereka mampu untuk menghadapi segala tarbiyah mu. Ya Allah.kau maha mengetahui.. berilah kepada mereka petunjuk mu..
Dalam perjuangan ini kita perlukan keikhlasan.. sering aku Tanya… adakah aku mampu untuk ikhlas dalam melakukan perjuangan ini.. perjuangan ini bukan mudah.. adakalanya iman naik dan adakalanya iman itu turun.. jangan kita merasa bangga dengan perjuangan yang sikit diuji Allah..
Ujian Allah itu tarbiyah.. kita sebagai daie amat perlu dan sangat memerlukan ujian dari Allah.. adakalanya kita hampir tersungkur tatkala diuji, tapi ingatlah para sahabat, ujian ini umpama peringatan dari Allah, teguran dan pengajaran yang Allah datangkan terus untuk mendidik kita, agar kita lebih teguh di jalan dakwah Nya… sahabat.. andai kau terasa sakit tatkala di uji, bersyukurlah, semoga dengan kesakitan itu kau menyedari bahawa kehidupan ini bukan sahaja untuk bergembira...
Ujian itu datang dalam pelbagai bentuk. Adakalanya ia datang dalam bentuk kesenangan, adakalanya ia datang dalam bentuk kepayahan. Namun, bersyukurlah.. walau apa jua bentuk ujian yang datang, Redha.. minta lah pertolongan dari Allah agar kita sentiasa di tingkatkan keimanan dengan ujian yang menimpa.. agar ujian yang datang mendekatkan lagi kita dengan Allah yang Maha berkuasa…
Sahabat.. jangan sekali kali kau terfikir untuk bersenang lenang di dalam medan dakwah ini.. ini kerana medan dakwah bukan tempat kita untuk berhibur.. tetapi medan untuk kita bertempur.. pelbagai musuh yang kita bakal tempuhi wahai sahabat.. ingatlah lima perkara yang sebagai penghalang bagi para daie. Mereka itu mukmin yang dengki, munafik yang benci, kafir yang memerangi, syaitan yang menyesatkan, dan nafsu yang sering bertarung untuk mengalahkannya…
Sahabat.. ingatlah…. Apa guna kita berada di dalam medan dakwah ini andai kita masih bersenang lenang… masih lagi membuang masa dengan perkara perkara yang melalaikan. Ingatlah sahabat… perjuangan ini memerlukan tentera tentera yang istiqamah agar dapat mencapai matlamat yang diimpi.. buak sekadar bermimpi, tetapi ke arah merealisasikan apa yang di impi…
Sahabat… aku berkata begini kerana aku adalah seperti kamu, dan kamu adalah seperti aku… kita serupa sahabat ku.. kita saling memerlukan antara satu sama lain… kita perlu untuk saling mengingat… ingat sahabat.. kita tiada masa untuk merajuk atau memikirkan masalah kita (hal yang remeh remeh)… tapi bersama sama kita fikirkan bagai mana untuk kita selesaikan masalah umat pada hari ini… jangan kita sibuk untuk memikirkan alasan untuk kita lari dari medan ini.. cari masa untuk berehat…
Ingat lah sahabat.. jadikanlah matlamat utama kita itu Redha Allah.. Mardhatillah… ingat sahabat… mardhatillah bukan sesuatu yang boleh dibeli… ia satu matlamat yang suci sahabat… semoga matlamat ini terpahat, dan sentiasa terpahat di dalam hati kita sehingga akhir hayat kita… Wallahutaala a’lam….

Monday, January 25, 2010

Allah bersama orang-orang yang sabar

Hai orang-orang yang beriman jadikanlah sabar dan shalat sebagai penolongmu, sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar. (QS. 2:153)

Dan bersabarlah kamu bersama dengan orang-orang yang menyeru Tuhannya di pagi dan senja hari dengan mengharap keridhaan-Nya; dan janganlah kedua matamu berpaling dari mereka (karena) mengharapkan perhiasan kehidupan dunia ini; dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya telah Kami lalaikan dari mengingat Kami, serta menuruti hawa nafsunya dan adalah keadaannya itu melewati batas. (QS. 18:28)

Sekarang Allah telah meringankan kepadamu dan Dia telah mengetahui padamu bahwa ada kelemahan. Maka jika ada diantaramu seratus orang yang sabar, niscaya mereka dapat mengalahkan dua ratus orang; dan jika diantaramu ada seribu orang (yang sabar), niscaya mereka dapat mengalahkan dua ribu orang. Dan Allah beserta orang-orang yang sabar. (QS. 8:66)

Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk surga, padahal belum nyata bagi Allah orang-orang yang berjihad di antaramu, dan belum nyata orang-orang yang sabar. (QS. 3:142)

Tetapi orang yang bersabar dan mema'afkan sesungguhnya
(perbuatan) yang demikian itu termasuk hal-hal yang diutamakan. (QS. 42:43)

Jelaslah kesemua ayat di atas menunjukkan hikmah dan pentingnya sifat sabar itu. kadang kala tindakan kita sering melampaui batas kerana kurangnya sifat sabar di dalam diri. hal ini amatlah memberi kesan khususnya kepada seorang daie' yang ingin menyampaikan dakwahnya kepada mad'unya. adakan dakwah yang disampaikan dalam keadaan yang emosional akan berkesan? mungkin berkesan, tetapi kesan yang negatif. seorang daie' seharusnya berfikiran rasional dan bukannya emosional. di situ kita dapat lihat kedudukan dakwah itu dalam diri kita. adakah kita berdakwah atau mentarbiah orang lain sedangkan diri kita tidak terdakwah dan tidak ter tarbiah..kita hanya tahu menyampaikan, tapi adakah kita mengamalkan apa yang kita sampaikan.. mengapa kita tidak tegakkan islam dalam diri sebelum kita menegakkan islam di atas muka bumi Allah.. contohilah rasulullah dalam berdakwa. contohilah baginda dari seluruh aspek.. Wallahu ta'ala a'lam...

Tuesday, January 19, 2010

10 wasiat Hasan al-Banna

1)Wahai kawanku, Segeralah tunaikan solat di awal waktu Dikala mendengar azan Usahakanlah semampu terdaya. Ini membuktikan kesungguhan anda. Di situ ada sumber kejayaan Di situ ada sumber pertolongan Di situ ada sumber taufiq Perhatikanlah banyak perintah ayat al-Quran. ... dimulakan dengan menyebut solat di awalnya Perhatikanlah Tuhan mensyariatkan solat... Juga di medan perang. Walaupun... Di saat genting dan cemas.

2)Wahai kawanku, Bacalah al-Quran dan cuba memerhati mesejnya Selalulah berzikir dan cari ilmu walaupun sedikit Kurangilah dengan masa yang tidak bertujuan Sesungguhnya al-Quran adalah sumber asli lautan ilmu Sumber hidayah kepada anda dan saya Bacalah al-Quran, kelak ia memberi syafaat. Sentiasalah membaca, menghafal dan... Cuba hayati mesej arahannya. Selalu berzikir, berzikir dan terus berzikir!!! Di sini ada ketenteraman Di sini ada kedamaian Di sini ada kesalaman Jadilah hamba yang sejahtera.

3)Wahai kawanku, Dorongkanlah diri untuk menguasai Bahasa al-Quran Mulakan dulu walaupun sepatah perkataan Sebenarnya anda telah lama bermula Iaitu sejak anda solat setiap hari Sebut dulu walaupun tak faham. Antara mala petaka pertama menimpa umat kita... Ialah kecuaian menguasai bahasa agamanya. Juga mengutamakan bahasa pasar, Ayuh !!! Apa tunggu lagi?????? Bukalah ruang walaupun seminit !!!

4)Wahai kawanku, Usahlah bertarung idea tanpa adabnya!!! Berdebatlah jika kiranya berbuahkan kebaikan Awasilah pertengkaran Kerana di sana ada unsur lain membisikkan? Syaitannnn namanya !!!

5)Wahai kawanku, Senyumlah selalu tapi bersederhanalah dalam ketawa !!! Rasulullah s. a. w adalah yang paling banyak senyum Beliau ketawa kena pada tempatnya Tapi berpada-pada sahaja, wahai kawan ! Plato juga berharap agar pementasan hiburan... Yang tidak bermutu terlalu banyak ketawa bodoh Hanyalah disaksikan oleh golongan abdi Dan orang upahan asing! Begitu juga Aristotle berpendapat Supaya golongan belia ditegah daripada menyaksikan hiburan-hiburan yang membolehkan perbuatan ketawa berlebih-lebihan. supaya tidak menular. Keburukan dalam diri!!!

6)Wahai kawanku, Seriuslah selalu dan berguraulah berpatutan Tanpa serius, hilanglah kesungguhan !!! Tanpa bergurau, tawarlah kehidupan Kata seorang penyair : Berikan kerehatan pada jiwamu Yang sibuk dengan berfikir Ubati dengan bergurau Tapi, Kalau mengubatinya dengan bergurau Mestilah dalam batas Seperti kau masukkan garam ke dalam gulai.

7)Wahai kawanku, Kawallah nada suaramu Setakat yang diperlukan oleh pendengar di depanmu Janganlah jadi seperti orang bodoh. Bahkan menyakit hati orang lain pula!!! Luqman El-Hakim juga mencela orang yang tidak pandai menjaga nada suara pada tempatnya. Itulah katanya suara keldai!!! Surah al-Isra' memberi tip kepada kita... Jangan keraskan suramu dalam solat Tapi jangan pula merendahkannya Carilah jalan tengah di antara keduanya.

8)Wahai kawanku, Usahlah umpat mengumpat Usahlah merendah-rendahkan pertubuhan lain Bercakaplah jika ada unsur kebajikan Ayuh!!! Hindarilah... mengumpat! Tidak sekali mencabuli jemaah-jemaah lain!!! Perkatakanlah kebaikan demi kebajikan bersama. Sukakah anda memakan daging pasti anda suka!! Tapi sukakah anda memakan daging kawan anda yang telah mati?? Sekali-kali tidak!!! Begitulah dosa orang yang mengumpat. Bertaubatlah jika anda mengumpat Tapi mesti minta ampun terhadap orang umpatanmu bersama!!! Boleh mengumpat... apabila ada tujuan syarie.
* untuk menuntut keadilan apabila dizalimi
* untuk menghapuskan kemungkaran
* kerana memberi amaran kepada Muslim tentang kejahatan
* kerana mengisytiharkan kefasikan dan kejahatan.

9)Wahai kawanku, Luaskanlah interaksimu dengan umat manusia Sekalipun mereka tidak diminta berbuat demikian!!! Salam kasih sayang adalah untuk semua Salam kemesraan adalah untuk sejagat. Hulurkanlah, hulurkanlah salam perkenalan...! Lihatlah pensyariatan ibadah haji. Pelbagai bangsa datang berkunjung!!! Pelbagai lapisan datang berkunjung!!! Pelbagai darjat datang berkunjung!!! Sama-sama menjunjung obor suci Tidak mengenali tapi tak sepi.

10)Wahai kawanku, Maksimumkanlah faedah waktu anda dan Tolonglah orang lain supaya manfaatkan masa. Hadkanlah masa penunaiannya. Biasakan hidup berjadual di hadapan. Bijaksanakanlah menggunakan waktu anda! Bersegeralah, kerana... Sabda Nabi s. a. w bermaksud : "Bertindak segeralah melakukan amal..." (Diulang 7 kali..) Sayanglah masa saudaramu!!! Hormatilah waktu mereka!!! Usahlah berbicara meleret-leret... Tanpa haluan dan noktahnya..

10 JENIS ORANG ISLAM YANG KEJAM...

Sufyan Atsauri berkata: "Sepuluh macam daripada kekejaman ialah:

1. Seorang yang berdoa untuk dirinya sendiri, dan tidak mendoakan untuk anak-anaknya dan kaum mukmin.
2. Seorang yang pandai membaca Al-Quran, tetapi tiap harinya tidak membaca seratus ayat.
3. Seorang yang masuk masjid lalu keluar dan tidak sembahyang dua rakaat.
4. Seorang yang berjalan melalui kuburan kemudian tidak memberi salam dan mendoakan ahli kubur.
5. Seorang yang sampai di suatu kota pada hari Jumaat kemudian tidak sembahyang jemaah.
6. Seorang yang di daerahnya didatangi oleh seorang alim, tiba-tiba tidak mahu belajar apa-apa daripadanya.
7. Dua orang yang bertemu di perjalanan dan masing-masing tidak menanyakan nama kawannya itu.
8. Seorang diundang pada jamuan tiba-tiba tidak datang.
9. Pemuda yang tidak ada kerja dan tidak mahu belajar ilmu dan kesopanan.
10. Seorang yang kenyang sedang dia tahu bahawa tetangganya lapar, tetapi tidak diberi dari makanannya itu.

[dari sumber tertentu]

Alhamdulillah... kita masih diberi kesempatan dari Allah s.w.t untuk beribadah kepada NYA, sekaligus memperbaiki segala amalan diri.agar kita tidak tergolong di dalam golongan yang kejam.. jagalah hubungan kita dengan Allah, nescaya hubungan kita sesama makhluk juga akan terjaga.. muhasabah diri..Wallahua'lam

5 syarat nak buat maksiat???

Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat." Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata, "Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat." Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya. "Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?"

Ibrahim bin Adham berkata, "Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekinya." Mendengar itu dia mengernyitkan kening seraya berkata, "Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah? "Ya!" tegas Ibrahim bin Adham. "Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya?"

"Yang kedua," kata Ibrahim, "kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya! Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati. Ibrahim kembali berkata kepadanya, "Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya?"

"Ya! Anda benar." kata lelaki itu. Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab, "Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya!" Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata, "Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?" "Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu m asih berkeinginan melakukan maksiat?" kata Ibrahim. Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat.

Ibrahim melanjutkan, "Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya, 'Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh'." Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar, "Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?"

"Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?"

"Baiklah, apa syarat yang kelima?" Ibrahim pun menjawab, "Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya."

Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya." Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. "Mulai saat ini akut bertaubat kepada Allah." katanya sambil terisak-isak.

[dari sumber tertentu]

peringatan buat diri yang leka dan alpa.Wallahua'lam
 
Sampaikan© Designed by: Compartidisimo