Bismillahirrahmanirrahim.. Selawat dan salam buat junjungan rasulullah saw dan keluarga baginda serta para sahabat baginda yang di kasihi Allah.
Keredhaan Allah terletak dibelakang keredhaan ibu dan bapa..
Ibu dan ayah adalah anugerah tak ternilai dari Allah.. Adakah kita anak-anak sedar tentang perkara ini.. Atau kita sekadar sedar?
Seorang ibu itu tidak perlu mata untuk membesarkan anak-anaknya..
Ye ke?
Jawapannya ya. Bagaimana ibu atau ayah yang buta membesarkan anak-anak?
Perkataan yang paling bijaksana untuk saya katakan adalah seorang ayah atau ibu membesarkan anak-anak mereka dengan mata hati.. Mereka mungkin buta di mata, tapi tidak pada hati.
Kasih dan sayang yang Allah campak di dalam hati setiap ayah dan ibu.. Itu yang memandu mereka membesarkan anak-anak mereka…
Sesungguhnya kasih sayang seorang ayah dan ibu tiada bandingannya. Terlalu besar pengorbanan yang mereka lakukan demi yang terbaik buat anak-anak mereka.
Mereka sanggup bergadai nyawa demi anak-anak mereka.
Seorang ayah sanggup berhutang dengan along, rasuah, dan sebagainya untuk memberi keselesaan pada anak-anak..
Seorang ibu sanggup menjadi pelacur, GRO dan sebagainya untuk mendapatkan wang membela nasib anaknya yang hidup di dunia materialistic ini..
Ya.. Cara yang mereka lakukan ini salah, namun, harus kembali kepada tujuan mereka melakukan perkara tersebut. Ingin membesarkan anak-anak mereka…
Saya tidak membela pelacur, GRO, atau perasuah.. Namun, sekadar membawa diri melihat di dalam kehidupan mereka.
Seorang anak yang bijak ialah anak yang secara bijaksana membawa ayah dan ibu kembali kepada Islam. Bukan anak yang menghina, menyisihkan atau menyalahkan kedua ibu bapa mereka dengan kesalahan yang telah mereka lakukan..
Tahukah kalian bahawa untuk membesarkan kita, ibu bapa kita menghadapi terlalu banyak cabaran.
Semasa kita masih bayi, kita menangis, di dodoikan, kita masih menangis, di beri susu, kita masih menangis, di tukarkan lampin, masih jua kita menangis.. Tahukah kalian, bahawa sampai satu tahap ibu bapa buntu untuk memenuhi kehendak kita.. Ingin di tanyakan pada kita apa yang kita mahu.., tapi ketika itu kita masih bayi, tidak boleh berkata-kata…
Subhanallah.. Kebesaran Mu juga terlihat di sebalik kasih sayang ibu bapa kami…
Tatkala kita sudah dewasa, menjadi remaja, kita semakin menjadi-jadi, remaja berdarah panas..
Sekali di tegur, melenting, meninggikan suara.. Pantang ditegur. Habis pintu bilik berdentum di hempas.. Perkara yang betul di tegur ibu dan ayah, kita melawan membantah.. Mereka cakap secara lembut, kita lawan.. perlekehkan.. Mereka bertegas, kita merajuk.. Kita telah buat ayah dan ibu kita buntu.. Buntu untuk menasihati kita.. Mereka bersoal jawab di dalam diri.. “Bagaimana caranya untuk aku menegur anak-anak ku lagi? Salahkah cara aku?”
AstaghfirullahalA’zim.. Keampunan mu ku harapkan.. Agar aku memuliakan kedua ibu bapa ku ketika aku masih hidup… Ameen..
Saya juga seorang anak yang sering melakukan kesalahan.. Seringkali menyakiti hati ibu dan ayah sama ada sedar atau tidak.. Semoga saya mampu membahagiakan ibu dan bapa saya sehingga nyawa terpisah dari jasad saya.. InsyaAllah. Amin.
Mak dan Abah.. Maafkan anak mu andai anakmu ini buta.. Buta dalam menilai kasih sayang mu, buta untuk melihat pengorbananmu..
Mak dan Abah.. Hanya Allah yang mampu membalas pengorbanan mu..
Marilah kita sama-sama mencelikkan mata hati dalam menilai kasih sayang ibu bapa kita.. Menghargai anugerah tidak ternilai dari Allah buat kita.. InsyaAllah..
Wallahuta’alaA’lam..
0 comments:
Post a Comment