topbella
Showing posts with label perkongsian. Show all posts
Showing posts with label perkongsian. Show all posts

Sunday, January 2, 2011

PerLuKAh MaTA?


Bismillahirrahmanirrahim.. Selawat dan salam buat junjungan rasulullah saw dan keluarga baginda serta para sahabat baginda yang di kasihi Allah.

Keredhaan Allah terletak dibelakang keredhaan ibu dan bapa..

Ibu dan ayah adalah anugerah tak ternilai dari Allah.. Adakah kita anak-anak sedar tentang perkara ini.. Atau kita sekadar sedar?

Seorang ibu itu tidak perlu mata untuk membesarkan anak-anaknya..

Ye ke?

Jawapannya ya. Bagaimana ibu atau ayah yang buta membesarkan anak-anak?

Perkataan yang paling bijaksana untuk saya katakan adalah seorang ayah atau ibu membesarkan anak-anak mereka dengan mata hati.. Mereka mungkin buta di mata, tapi tidak pada hati.

Kasih dan sayang yang Allah campak di dalam hati setiap ayah dan ibu.. Itu yang memandu mereka membesarkan anak-anak mereka…

Sesungguhnya kasih sayang seorang ayah dan ibu tiada bandingannya. Terlalu besar pengorbanan yang mereka lakukan demi yang terbaik buat anak-anak mereka.

Mereka sanggup bergadai nyawa demi anak-anak mereka.

Seorang ayah sanggup berhutang dengan along, rasuah, dan sebagainya untuk memberi keselesaan pada anak-anak..

Seorang ibu sanggup menjadi pelacur, GRO dan sebagainya untuk mendapatkan wang membela nasib anaknya yang hidup di dunia materialistic ini..

Ya.. Cara yang mereka lakukan ini salah, namun, harus kembali kepada tujuan mereka melakukan perkara tersebut. Ingin membesarkan anak-anak mereka…

Saya tidak membela pelacur, GRO, atau perasuah.. Namun, sekadar membawa diri melihat di dalam kehidupan mereka.

Seorang anak yang bijak ialah anak yang secara bijaksana membawa ayah dan ibu kembali kepada Islam. Bukan anak yang menghina, menyisihkan atau menyalahkan kedua ibu bapa mereka dengan kesalahan yang telah mereka lakukan..

Tahukah kalian bahawa untuk membesarkan kita, ibu bapa kita menghadapi terlalu banyak cabaran.

Semasa kita masih bayi, kita menangis, di dodoikan, kita masih menangis, di beri susu, kita masih menangis, di tukarkan lampin, masih jua kita menangis.. Tahukah kalian, bahawa sampai satu tahap ibu bapa buntu untuk memenuhi kehendak kita.. Ingin di tanyakan pada kita apa yang kita mahu.., tapi ketika itu kita masih bayi, tidak boleh berkata-kata…

Subhanallah.. Kebesaran Mu juga terlihat di sebalik kasih sayang ibu bapa kami…

Tatkala kita sudah dewasa, menjadi remaja, kita semakin menjadi-jadi, remaja berdarah panas..
Sekali di tegur, melenting, meninggikan suara.. Pantang ditegur. Habis pintu bilik berdentum di hempas.. Perkara yang betul di tegur ibu dan ayah, kita melawan membantah.. Mereka cakap secara lembut, kita lawan.. perlekehkan.. Mereka bertegas, kita merajuk.. Kita telah buat ayah dan ibu kita buntu.. Buntu untuk menasihati kita.. Mereka bersoal jawab di dalam diri.. “Bagaimana caranya untuk aku menegur anak-anak ku lagi? Salahkah cara aku?”

AstaghfirullahalA’zim.. Keampunan mu ku harapkan.. Agar aku memuliakan kedua ibu bapa ku ketika aku masih hidup… Ameen..

Saya juga seorang anak yang sering melakukan kesalahan.. Seringkali menyakiti hati ibu dan ayah sama ada sedar atau tidak.. Semoga saya mampu membahagiakan ibu dan bapa saya sehingga nyawa terpisah dari jasad saya.. InsyaAllah. Amin.

Mak dan Abah.. Maafkan anak mu andai anakmu ini buta.. Buta dalam menilai kasih sayang mu, buta untuk melihat pengorbananmu..

Mak dan Abah.. Hanya Allah yang mampu membalas pengorbanan mu..

Marilah kita sama-sama mencelikkan mata hati dalam menilai kasih sayang ibu bapa kita.. Menghargai anugerah tidak ternilai dari Allah buat kita.. InsyaAllah..

Wallahuta’alaA’lam..

Tuesday, October 26, 2010

Akhirnya....

Alhamdulillah, akhirnya dapat juga aku teruskan untuk menyampaikan risalah nubuwwah... Alhamdulillah, walau telah lama aku tangguh kan... akhirnya allah bagi aku ruang dan peluang untuk menyampaikan sedikit ilmu yang aku ada... alhamdulillah....semoga apa yang aku sampaikan sedikit sebanyak dapat memberi impak pada aku dan adik usrah aku...

tajuk yang aku bawakan adalah syahadah.. agak berat untuk bawa tajuk yang begitu serius, jika dibandingkan dengan ilmu aku yang tidak seberapa..

namun, tajuk ni sangat penting kerana ia kunci kepada keislaman kita..
mungkin mudah untuk kita ucapkan kalimah syahada, namun, untuk kita fahami, selami dan imani maksud bait-bait kalimah keramat ini amat sukar... penghayatan dengan penuh kekhusyukan itu amat penting dalam kita mengucap kalimah ikrar ini dengan Allah..

secara amnya, memang kita sering mengatakan bahawa kita sudah mngucapkan kalimah syahadah, namun tahukah kita disebalik kalimah itu terdapat seribu keindahan, sribu penyaksian kita dengan Allah....

Wednesday, February 10, 2010

tegur dan ditegur?

kadang kala kita mudah untuk menegur kesilapan orang, dengan kata lain kita mudah untuk melihat kesilapan orang lain. namun adakah kita sedar bahawa kadang kala kita juga melakukan kesilapan yang sama. malahan lebih dari itu.

layakkah kita menghukum?
adakah kita membenci kesilapan yang mereka buat?
atau kita membenci mereka yang membuat kesilapan?

mengapa timbul persoalan ini?

adakah niat kita menegur hanya untuk menunjukkan diri kita lebih baik atau mengharapkan sahabat atau orang yang di tegur perlu berubah atas dasar kasih dan sayang kita kepada mereka.

adakah kita menegur dengan ego?

apakah maksud persoalan saya di atas?
ada kalanya kita manusia terlalu tinggi egonya, sehingga pada satu tahap kita merasakan orang yang ditegur perlu mendengar kata-kata kita
berubah kerana kita
tapi sedarkah kita bahawa dalam masa yang sama kita telah menjadi hamba Allah yang meniggi diri
merasa diri hebat
dan dakwah kita atau teguran kita itu tidak menyentuh hati sahabat kita atau mad'u kita

jadi, wajarkah tindakan kita?
menegur ketika marah?
atau kerana nama?
atau sekadar menjaga air muka?
atau kerana tanggungjawab?

kita nilai diri kita
sejauh mana keikhlasan kita dalam menegur

Monday, February 8, 2010

kita serupa

Alhamdulillah.. selesai juga majlis perkahwinan kakak saya.

SELAMAT PENGANTIN BARU. INSYA ALLAH BERKEKALAN HINGGA KE SYURGA.

banyak perkara yang dapat saya pelajari selama 3 hari di rumah.
OK. case closed.

kenapa tajuk saya "kita serupa"
kadang kala manusia ini menganggap dirinya hebat.. tapi hebatkah kita?
kadang kala manusia ini rasa diri berkuasa.. berkuasakah kita?
kite semua sama.. kadang kala merasa diri ini adalah yang terbaik..
bukankah kita tahu ada yang maha segalanya..
Allah Maha hebat. Allah juga Maha berkuasa...
Tidakkah kita terfikir?
kenapa ya?
sebabnya.. kita semua serupa..
kita manusia..
tok imam. tok bilal. ustaz. pak kiai.cikgu. pensyarah. peguam .doktor. dan siapa sahaja yang bergelar manusia pasti akan melakukan kesilapan
pasti sahaja kita semua tidak dapat memuaskan hati semua orang.
yang membezakain kita amalan kita.

jadi, jika kita di caci, di hina, di khianati, cuba kita tetapkan minda kita bahawa yang mengata , mencaci , mengkhianati kita itu manusia, yang tidak pernah tidak membuat kesilapan.

WallahuA'lam..
 
Sampaikan© Designed by: Compartidisimo