بسم الله الرحمن الرحيم
Ya Allah, Engkau telah mentaqdirkan kepada kami menghadapi musuh yang amat arif kelemahan kami. Ia dan sekutu-sekutunya melihat kami, dan kami tidak dapat melihat mereka. Ya Allah, Engkau jadikanlah ia putus asa untuk menggoda kami sepertimana ia berputus asa dari Rahmat Mu. Haramkanlah dia bagi kami, sebagaimana Engkau mengharamkannya dari mendapat keampunan Mu. Jauhkanlah dia dari kami sebagaimana Engkau menjauhkan dia dari Rahmat Mu. Sesungguhnya Engkau berkuasa melakukan apa sahaja.
امين
Pernah diriwayatkan bahawa Muhammad Bin Wasi’, akan membaca doa di atas setiap pagi, selepas solat Subuh.
Beliau mengatakan, pada suatu hari, sewaktu beliau hendak ke masjid, muncul iblis di hadapannya.
Iblis : Wahai anak Wasi’, engkau kenalkah aku?
Ibnu Wasi’ : Siapa engkau ini?
Iblis : Aku Iblis
Ibnu Wasi’ : Engkau mahu apa?
Iblis : Aku mahu supaya engkau jangan ajarkan doa pendinding itu, dan
aku berjanji tidak akan mengganggu mu.
Ibnu wasi’ : Demi Allah, aku tidak akan menghalang siapa pun yang ingin
mempelajarinya, buatlah apa yang engkau mahu.
Orang- orang yang kerap mengingati Allah, baik lelaki, mahupun wanita, orang-orang yang bertaubat kepada Allah dari dosa-dosa mereka, yang memohon keampunan Allah, merekalah orang-orang sukar dikalahkan syaitan dan mampu melelahkan syaitan.