penyimpan rahsia Rasulullah..
Nama sebenarnya ialah Huzaifah bin Yaman bin
Jabir al- Abasi RA. Dia telah memeluk islam bersama-sama ayahnya. Namun, ayah
Huzaifah RA syahid secara tidak sengaja kerana terbunuh oleh bunuh orang islam.
Orang Islam pada masa itu tersalah sangka kerana menyangkakan ayahnya musuh,
padahal ayahnya terlewat sampai untuk mengikuti pasukan tentera Islam pada masa
itu. Ketika itu ayahnya menutup muka dengan selendang, jadi orang- orang Islam
tidak dapat kenal siapa. Belum sempat Huzaifah RA selamatkan ayahnya, ayahnya
telah meninggal sewaktu Huzaifah RA tiba berhampiran. Pada ketika itu, Huzaifah
RA cuma berkata, "semoga Allah mengampunkan dosa kamu, sesungguhnya Allah
itu Arhamur Rahimin." Bila dibayar denda untuk ayahnya, Huzaifah RA
membahagi-bahagikan sahaja wang tersebut kepada orang miskin pada masa itu
juga.
Penyimpan rahsia Nabi SAW:
· memegang amanah menyimpan nama orang-orang
munafik - Allah memberitahu Nabi SAW berikutan larangan untuk solat jenazah
bagi orang-orang munafik, (lepas kematian Abdullah bin Ubai, ketua munafik masa
itu (anak Abdullah bin Ubai, namanya Abdullah bin Abdullah - perfect sahabat,
bukan munafik)
· Bila Umar RA dilantik menjadi khalifah, Umar
RA pernah bertanya kalau ada gabenor-gabenor yang dilantik terdiri daripada
orang munafik. Huzaifah RA memberitahu ada seorang, tetapi tidak diberitahu
siapa gerangannya- Umar memecat sendiri berdasarkan pemerhatiannya.
· Umar RA pernah bertanya kepada Huzaifah
tentang dirinya sendiri, adakah dia tergolong dalam senarai orang munafik?
Huzaifah RA terkejut, kerana seorang Amirul mukminin yang hebat bertanyakan
soalan seperti itu. Pada mulanya beliau enggan memberitahu, tetapi Umar RA
tetap ingin tahu, akhirnya Huzaifah RA memberitahu beliau, dan beliau bersumpah
tidak akan memberitahu sesiapa selepas ini jika ada orang yang bertanyakan
seperti Umar RA lagi.
· Umar RA akan tanya apabila ada satu- satu
kematian, sama ada Huzaifah RA pergi atau tidak untuk solat jenazah. Umar RA
tidak akan pergi solat jenazah jika baginda tahu Huzaifah RA tidak pergi.
Sewaktu perang Khandak, Huzaifah RA menyamar
menjadi pengintip. Waktu malam itu cukup sejuk dan gelap. Rasulullah SAW
hendakkan seorang pergi mengintip apa yang sedang musuh-musuh lakukan waktu
itu. Arahan Rasulullah ialah pergi intip dan balik, dan tidak membuat sebarang
tindakan. Apabila beliau diperintahkan keluar mengintip, tiba- tiba badannya
terasa panas dan selesa, tidak sejuk seperti sebelum itu. Sewaktu dalam
perjalanan pergi mengintip, Huzaifah RA ternampak Abu Sufyan.
Pada waktu itu, dia mempunyai peluang untuk
bunuh Abu Sufyan, memang peluang amat cerah untuk Abu Sufyan mati ditangannya.
Tetapi apabila teringatkan pesanan Nabi SA,supaya tidak membuat sebarang
tindakan, maka dia taat kepada perintah Rasulullah. Beliau merapati khemah
orang musyrik masa itu, dan duduk bersama mereka. Ketika itu, Huzaifah RA
hampir-hampir diketahui musuh, apabila salah seorang daripada musyrikin
memberitahu bahawa yang antara mereka ini, ada pengintip. Jadi, semua orang
disuruh memegang tangan orang yang berada di sebelah dan tanya siapakah orang
itu. Huzaifah RA cepat- cepat memegang tangan orang di sebelahnya dan tanya
siapa dia, sebelum Huzaifah ditanya dahulu. Maka, terselamatlah Huzaifah RA.
Hikmah Huzaifah RA tidak bunuh Abu Sufyan ialah,
Abu Sufyan sewaktu itu sedang mengemas-ngemas beg dan memberitahu tentera
Quraisy yang dia sudah bersedia untuk balik ke Mekah dan melupakan perang ini.
Jika ada sesiapa yang hendak balik bersamanya, mereka boleh ikut sekali, dan
kalau sesapa yang masih ingin meneruskan peperangan, dia tak menghalang.
Kesannya, kesatuan orang- orang musyrik waktu itu terpecah apabila terdengar
Abu Sufyan berkata seperti itu. Jika Huzaifah RA bunuh Abu Sufyan tadi, orang-
orang musyrik tidak dengar apa yang Abu Sufyan bakal cakapkan. (dan kita semua
tahu, yang Abu Sufyan kemudiannya memeluk Islam sewaktu hampir pembukaan
Mekah.) Apabila Huzaifah RA balik ke khemah, badannya terasa sejuk kembali,
tidak panas seperti semasa dia keluar mengintip.
Huzaifah dilantik menjadi gabenor Madain (satu
tempat di Iraq) semasa Umar RA menjadi khalifah. Orang awam bersiap-siap untuk
menyambut kedatangannya. Tetapi pada hari itu, Huzaifah RA datang dengan
menaiki keldai, di tangannya terdapat roti dengan garam. Madain yang dulunya di
bawah pemerintahan kerajaan Parsi, terdapat banyak istana. Orang ramai bertanya
Huzaifah RA, istana yang manakah yang menjadi pilihannya, tetapi Huzaifah RA
minta rumah biasa sahaja sebagai rumahnya, sedikit makanan untuk beliau dan
makanan keldai.
Umar RA pernah memberitahu orang ramai yang
baginda inginkan masjid yang penuh dengan pemuda-pemuda seperti Abu Ubaidah RA,
Muaz bin Jabal RA dan Huzaifah RA. Untuk membuktikan kelebihan 3 orang sahabat
ini, Umar RA menyuruh hambanya bawa harta dan berikan kepada ketiga-tiga
sahabat ini, baginda ingin menguji reaksi ketiga-tiga pemuda ini, dan
kemudiannya hamba Umar itu dikehendaki balik dan melaporkan kepada Umar RA dan
orang yang duduk bersama-sama Umar pada masa itu. Apabila mendapat duit,
ketiga- tiga sahabat ini telah menginfaqkan kesemua wang yang mereka peroleh.
Apabila mendengar laporan itu, Umar RA berkata, "Telah aku jangkakan dan
beritahu kalian tindakan mereka.."
Apabila hampir saat kematian beliau, orang ramai
bertanya mengapa beliau menangis? Huzaifah RA memberitahu bahawa yang dia
menangis bukan kerana sayangkan dunia, bahkan mati lagi menjadi kesukaannya,
tetapi beliau risau sama ada beliau akan mati dalam keadaan Allah redha
kepadanya atau sebaliknya.
Apabila hampir saat kematian, Huzaifah RA mintak
dilihatkan kain kapannya. Apabila ditunjukkan kain kapan yang baik kualitinya,
Huzaifah RA minta tukar yang lain, yang lebih sederhana.
Huzaifah meninggal pada tahun 36 Hijrah, 40
malam selepas kematian Sayidina Usman RA dan dimakamkan di Madain (Madain juga
tempat kubur Salman Farsi RA dengan Jabir bin Abdullah RA).
{copy}