Ya Allah,
Rendahkanlah suaraku bagi mereka
Perindahlah ucapanku di depan mereka Lunakkanlah watakku terhadap
mereka dan Lembutkan hatiku untuk mereka
Ya Allah,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya, atas didikan mereka
padaku dan Pahala yang besar atas kesayangan yang mereka limpahkan
padaku, peliharalah mereka sebagaimana mereka memeliharaku.
Ya Allah,
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan atau
kesusahan yang mereka deritakan kerana aku, atau
hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku,
jadikanlah itu semua penyebab rontotnya dosa-dosa
mereka dan bertambahnya pahala kebaikan mereka
dengan perkenan-Mu ya Allah, hanya Engkaulah yang
berhak membalas kejahatan dengan kebaikan berlipat
ganda.
Ya Allah,
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku,
Izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku. Tetapi jika
sebaliknya, maka izinkanlah aku memberi syafa'at untuk
mereka, sehingga kami semua berkumpul bersama
dengan santunan-Mu di tempat kediaman yang dinaungi
kemulian-Mu,ampunan-Mu serta rahmat-Mu
Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha Agung,
serta anugerah yang tak berakhir dan Engkaulah yang Maha
Pengasih diantara semua pengasih.
Amin Ya Rabbul Alamin..
Marilah kita kenangkan dosa kita kepada orang tua kita.
Siapa tahu hidup kita dirundung nestapa kerana kedurhakaan kita.
Kerana kita menghisap darahnya, tenaganya, airmatanya, keringatnya.
Istighfarlah,Istighfarlah
Barangsiapa yang matanya pernah sinis melihat orang tua
Atau kata-katanya sering mengguris hatinya, atau yang jarang
memperdulikan dan mendoakannya.
Percayalah bahawa anak yang derhaka siksanya didahulukan
didunia ini.
[copy]
Wednesday, January 20, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment