Aku menghidap penyakit PB yang kronik
Penyakit yang aku alami ini semakin kronik.
Aku tak tahu bila aku menghidap penyakit ini.
Penyakit ini makin hari makin parah.
Mungkin di sebabkan aku yang membiarkan ia merebak, atau aku tak cuba cari penawar.
Namun, aku harap tak terlambat untuk aku sembuh dari penyakit ini.
Aku takut. Sebab penyakit ni, aku hilang sahabat,
Ikatan yang terjalin boleh putus disebabkan penyakit ini,
Malah yang lebih parah adalah aku jauh dari yang MAHA ESA.
Aku ingin sembuh!!!!
YA ALLAH! Berilah aku peluang untuk BERTAUBAT PADA MU.
AKU TAK NAK MATI DENGAN MENGHIDAP PENYAKIT INI…!!!
Walau ia tidak sakit secara ZAHIR,
Tapi.. ia sangat kronik pada BATIN ..
ARGH…..ALLAHUAKHBAR!!!
Sakit ini sangat menyakitkan..
Aku malu berhadapan dengan makhlukMu,
Apatah lagi ingin berhadapan dengan MU dengan penyakit yang kian nanah ini…
ALLAH…ALLAH..ALLAH..
Tatkala aku mengenang penyakit ini,
Ingin sahaja aku berlalu, meninggalkan sahabat yang lain,
Kerna aku takut, penyakit ku berjangkit kepada sahabat,
Kerna penyakit ini tersebar melalui kata-kata.
Namun, jangan kau risau sahabat,
Kerna penyakit yang aku hidapi ini tidak akan menjangkiti mu andai kau punyai antibody yang tinggi,
Aku yakin padamu sahabat,
Tapi, aku tidak mahu kau terlibat secara tidak langsun g dengan penyakitku,
Kerna ia mudah merebak andai tidak dicegah,
Aku mohon ,
Bantuan dari mu sahabat dengan izin Allah,
Bantulah aku dalam menyembuhkan penyakit ini,
Berilah aku ubat-ubatan berupa tazkirah,
Kuatkan lah aku dengan akar berupa ukhuwah,
Dan sedarkan lah aku dengan renjisan zikrullah..
dan dengan renjisan itu, aku akan peroleh antibiotic berupa keimanan,
agar aku mempun yai antibody yang tinggi seperti mu sahabat,
DENGAN IZIN ALLAH
ALLAHUAKHBAR!!!
Biar diri BERSIH LUAR DAN DALAM.
Thursday, May 6, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment