topbella

Saturday, August 4, 2012

Dia pejuang agama


Dia pejuang agama,
Biar kata2 dusta dilempar,
Biar fitnah ditebar,
Hatinya tetap teguh,
Kerna kebenaran harus disebar!

Benar dia pejuag agama,
Bukan pengumpul harta,
Bukan menjadikan dunia sebagai cita,
Sekadar menggapai redha pencipta.

 Duhai pejuang agama,
Kau rela di fitnah,
Biar hati terluka,
Kerna kau seorang yang tabah,
Bukan pejuang yang manja,
Kerna diri kau tidak mudah di goyah!

Rahmat Allah sentiasa mengiringi mu,
Kerna kau pewaris rasulmu,
Biar terbit sinar diwajahmu,
Biar Rasul tersenyum melihat mu,,,

AllahummaSolliwaSallimA’laik
2347
15 Ramadhan 1433H

Dunia perjuangan kini


Hakikatnya, dalam aku merangkak,
Menjalani hidupan ku di bumi uzur  ini,
Masih tidak dapat aku telusuri,
Secara total perjalanan cinta sang nabi,
Mempraktikkannya di dalam dunia akhir ini.
Ilahi rabbi,
Dunia ini sudah penuh mereka-mereka yg sakit,
Dunia ini matlamat akhir mereka,
Sedang akhirat di pandang sepi.
Rasulullah Habibullah,
Sayu hatinya tatkala,
Melihat umat tercinta,
Diratah dunia dengan rakusnya,
Mengejek –ejek bekalan yang ditinggalkan,
Untuk di jadikan perisai akhir zaman.
Mujahid itu,
Katanya pejuang kebenaran,
Pakaian sunah di tinggal tepi,
Katanya semua itu tidak sesuai dipakai kini,
Dalam perjuangan mutakhir ini,
Lupakah dia, yg kononnya mujahid itu,
Rab itu, kasih pada kekasihnya,
Pakaian kekasihNya pakaian rahmat dariNya,
Sedang perlakuan tidak benar,
Benarkah mujahid itu dalam kebenaran?
Rasa rindu pada kekasihNya kian membara,
Biar cinta merawat sakit,
Hati yang kian bernanah,
Dek kerana wahn yg menular,
Mencari-cari rahmat yang esa,
Biar cinta kekasiNya, Dia dan aku bersatu,
Biar perjuangan yang aku bicarakan,
Sohih kebenaranya,
Cahaya yang benar-benar dari Ilahi,
Bukan cahaya ciptaan ku sendiri,
Biar terlihat, dibibir kekasihNya,
Senyuman yang tak ku gambar manisnya.

AllahummaSolliwaSallimA’laik
0604
9 Ramadhan 1433H

Sunday, August 28, 2011

Manusia vs Syaitan ( Bhgn 1)



بسم الله الرحمن الرحيم

Ya Allah, Engkau telah mentaqdirkan kepada kami menghadapi musuh yang amat arif kelemahan kami. Ia dan sekutu-sekutunya melihat kami, dan kami tidak dapat melihat mereka. Ya Allah, Engkau jadikanlah ia putus asa untuk menggoda kami sepertimana ia berputus asa dari Rahmat Mu. Haramkanlah dia bagi kami, sebagaimana Engkau mengharamkannya dari mendapat keampunan Mu. Jauhkanlah dia dari kami sebagaimana Engkau menjauhkan dia dari Rahmat Mu. Sesungguhnya Engkau berkuasa melakukan apa sahaja.

امين

Pernah diriwayatkan bahawa Muhammad Bin Wasi’, akan membaca doa di atas setiap pagi, selepas solat Subuh.

Beliau mengatakan, pada suatu hari, sewaktu beliau hendak ke masjid, muncul iblis di hadapannya.

Iblis : Wahai anak Wasi’, engkau kenalkah aku?

Ibnu Wasi’ : Siapa engkau ini?

Iblis : Aku Iblis

Ibnu Wasi’ : Engkau mahu apa?

Iblis : Aku mahu supaya engkau jangan ajarkan doa pendinding itu, dan

aku berjanji tidak akan mengganggu mu.

Ibnu wasi’ : Demi Allah, aku tidak akan menghalang siapa pun yang ingin

mempelajarinya, buatlah apa yang engkau mahu.

Orang- orang yang kerap mengingati Allah, baik lelaki, mahupun wanita, orang-orang yang bertaubat kepada Allah dari dosa-dosa mereka, yang memohon keampunan Allah, merekalah orang-orang sukar dikalahkan syaitan dan mampu melelahkan syaitan.

Thursday, August 25, 2011

Cintai mereka yang mencintai..... ^_^


بسم الله الرحمن الرحيم

Sesungguhnya aku sangat cemburu terhadap orang-orang yang mencintai Allah dan rasulNya melebihi diri sendiri.. kerana aku masih tidak punyai cinta seperti mereka miliki.. kerna juga aku masih belum miliki hati seperti mereka… tetapi aku sangat mencintai mereka kerana mereka mencintai Allah dan rasulNya.. dan aku cintai mereka kerana ada pada mereka sumber hikmah…. Doaku… Semoga rahmat Allah sentiasa memayungi mereka…. dan.. semoga aku juga mampu mengikuti jejak langkah mereka… Amin…

Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakhbar.......

Tuesday, August 9, 2011

BAGAIMANA UNTUK KHUSYUK SOLAT?

Seorang ahli ibadah bernama Isam Bin Yusuf, sangat warak dan khusyuk solatnya. Namun, dia selalu khuatir kalau-kalau ibadatnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasainya kurang khusyuk.

Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Assam dan bertanya, "Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?"

Hatim berkata, " Apabila masuk waktu solat, aku berwudhu' zahir dan batin."

Isam berkata, " Bagaimana wudhu' zahir dan batin itu?"

Hatim berkata, " Wudhu' zahir sebagaimana biasa iaitu mambasuh semua anggota wudhu' dengan air."

Sementara wudhu' batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara:-

1. Bertaubat

2. Menyesali dosa yang telah dilakukan

3. Tidak tergila-gilakan dunia

4. Tidak mencari / mengharap pujian orang (riya')

5. Tinggalkan sifat berbangga

6. Tinggalkan sifat khianat dan menipu

7. Meninggalkan sifat dengki.

Seterusnya Hatim berkata, " Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat.

Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku rasakan:

1. Aku sedang berhadapan dengan Allah SWT,

2. Syurga di sebelah kananku,

3. Neraka di sebelah kiriku,

4. Malaikat Maut berada di belakangku, dan

5. Aku bayangkan pula aku seolah-olah berdiri di atas titian 'Siratal mustaqim' dan menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhir bagiku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik.

"Setiap bacaan dan doa di dalam solat, aku faham maknanya kemudian aku rukuk dan sujud dengan tawadhuk, aku bertasyahud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun."

Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.

Wednesday, April 20, 2011

Muhasabah 1: Solat dari hati



Solat dapat mencegah diri dari perbuatan keji dan mungkar.

Tatkala aku teringat wahyu Allah ini, semakin aku rasa diri ini sangat kerdil. Apakah yang telah aku lakukan selama ini? Adakah aku benar benar solat dari hati?

Berteleku aku sebentar. Mengingati semula solat yang aku lakukan sebelum ini. Adakah aku menghayati setiap bait-bait yang aku ucapkan ketika solat? Adakah aku memahami setiap apa yang aku lafazkan? Aku semakin buntu.. di mana silap aku sehingga aku sendiri tidak tahu apa yang aku ucapkan ketika solat? Adakah aku solat hanya sekadar mencukupkan 5 waktu sehari, atau aku solat kerana kebiasaan yang aku lakukan sehari- harian?

Bagaimana aku telah bersikap lalai ketika solat, sedang aku tahu, solat itu adalah komunikasi antara aku dan penciptaku. Betapa aku bersikap tidak acuh ketika berinteraksi dengan penciptaku.. Astaghfirullah…

Natijahnya, lihat sahaja pada akhlak ku yang semakin hari semakin tidak sopan. Ya, barangkali ada sahaja tingkahlaku aku yang menjadi punca kepada ketidak puasan hati manusia lain, bahkan membuatkan hati aku semakin kotor..

Solat ku, aku ukur pada setiap butir bicaraku pada manusia lain. Ya, ada yang bertanya, apakah indicator untuk solat diterima atau tidak? Ada yang berkata, itu urusan Allah, tidak layak bukan bagi kita untuk menilainya. Aku tidak menilai solat ku dari kacamata pencipta(Allah), tapi aku menilai solatku dari kacamata aku,manusia yang hina tetapi berlandaskan garis panduan yang diberi Allah.

Berbalik kepada firman Allah, solat yang sebenar-benar solat, iaitu solat dari hati itu mampu mencegah diri dari perbuatan keji dan mungkar. Ya, adakah kita antara orang orang yang berfikir? Hayati setiap bait-bait firman Allah ini, agar dipasakkan jauh di dalam jiwa kita, agar benar-benar kita menjadikan ayat Allah ini panduan dalam hidup kita.

Wallahuta’ala’alam….

Sunday, February 27, 2011

teman


Aku selalu runsing memikirkan diriku,

masalah yang menimpa diriku,

namun,

aku tidak sedar bahawa teman-teman ku bagaimana?

Mereka yang setia menemaniku,

menceriakan zaman kanak-kanak ku,

adakah mereka seperti dahulu,

atau semakin hanyut dengan arus hidonisma dunia..

Temanku,

maafkan aku kerana tidak manarik tangan kalian bersama-sama dengan ku..

aku tidak kuat untuk menarik kalian dengan tangan ku.

Teman ku,

aku hanya mampu melihat kalian dari jauh..

aku sayang kalian,

namun untuk mencari jalan penyelesaian nya, aku jd buntu..

bagaimana untuk ku bawa kalian bersama?

Teman,

ku serahkan hati kalian dengan pencipta..

agar doaku menjadi tiket untuk ku bawa kalian bersama..

hanya doa yang mampu ku lakukan tatkala ini..

Teman,

jaga dirimu.. jaga iman mu..

biar pun aku menyayangi kalian,

tapi aku yakin bahawa cinta sang Pencipta Maha hebat….

Teman..

terima kasih atas kasih sayang yang kalian berikan padaku….

Walau kalian jauh di mataku, namun, InsyaAllah, kalian dekat di hatiku…

Terima kasih temanku…..

 
Sampaikan© Designed by: Compartidisimo