Ujian..
Hari ini aku diuji
Ujian ini membuatkan aku tersedar dari lena ku,
Bahwa aku adalah hamba yang esa,
Alhamdulillah, syukurku di uji Mu Ya Allah,
Kerna dengan ujianMu aku sedar satu perkara yang takkan berubah,
Iaitu, aku HambaMu yang lemah,
Syukur ku, dengan rahmat dan kasih sayangMu aku tersedar,
Aku akur dengan ketentuan Mu,
Aku manusia yang khilaf,
Kadang kala berkata seperti pujangga,
Tapi kata-kata ku tidak selari dengan anggota,
MasyaAllah..
Bercakap tidak serupa bikin! Retorik!
Andai aku boleh menutup mulut ini.
Diam.. mendengar, berfikir dan bertindak..
lebih mantap langkahku dan lebih jitu tindakan ku sebagai umat ISLAM.
Tidak hanya pandai bermain dengan kata-kata,
Tidak ku menjadi fitnah,
Buat Islam yang ku Cinta.
AllahuAkhbar!!! AstaghfirullahalA’zim…
Malu.. aku malu dengan Mu YA Allah.. malu berhadapan dengan MU..
Aku berjanji. Tapi aku tak tepati..
Aku berkata, tapi aku berdusta,
Adakah aku munafik??? Minta di jauhkan Ya Allah…
Ya Allah…. Ampunilah dosa ku.. juga Seluruh umat ISLAM Di DUNIA ini..
Monday, March 22, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment