topbella

Monday, March 22, 2010

ujian itu tarbiyah dari Allah

Ujian Allah itu datang dalam pelbagai bentuk. Allah anugerahkan seseorang itu dengan ilmu. Allah uji kita dengan ilmu yang kita ada. Andai kita di anugerahkan pandaiberkata-kata. Allah uji kita dengan apa yang kita katakana. Oleh itu, bersedialah untuk menghadapi ujian dari Allah.
Mengapa kita di uji? Ujian Allah adalah tapisan Allah, samaada kita layak untuk berada di barisan hadapan dalam agamanya. Kenapa kita di uji? Kenapa ujian itu penting? Allah uji kita bukan untuk suka-suka. Ujian yang Allah berikan kadang-kadang untuk menegur kita yang alpa. Ujian juga untuk menguji kita sama ada kita lupa atau tidak kepada yang Esa. Adakah kita mengingatinya hanya pada waktu susah atau senang.
Ujian itu datang dalam dua keadaan. Kadangkala datangnya dalam keadaan senang, dan adakalanya datang dalam keadaan sukar. Jika ujian ini datang dalam dalam keadaan senang, berhati-hatilah, kerana khuatir, kita tidak menyedari kewujudan ujian itu. Kesannya, kita akan terus hanyut dengan tanpa menyedari kiita semakin jauh dari DIA. Kita merasakam bahawa apa yang kita lakukan itu adalah benar. AllahuAkhbar! Minta dijauhkan..bila datang ujian Allah itu, bersyukurlah,kerana kita telah di tegur Allah secara halus… Subhanallah! Namun tidak semua yang cuba mengambil iktibar dan pengajaran.

0 comments:

Post a Comment

 
Sampaikan© Designed by: Compartidisimo