topbella

Sunday, August 28, 2011

Manusia vs Syaitan ( Bhgn 1)



بسم الله الرحمن الرحيم

Ya Allah, Engkau telah mentaqdirkan kepada kami menghadapi musuh yang amat arif kelemahan kami. Ia dan sekutu-sekutunya melihat kami, dan kami tidak dapat melihat mereka. Ya Allah, Engkau jadikanlah ia putus asa untuk menggoda kami sepertimana ia berputus asa dari Rahmat Mu. Haramkanlah dia bagi kami, sebagaimana Engkau mengharamkannya dari mendapat keampunan Mu. Jauhkanlah dia dari kami sebagaimana Engkau menjauhkan dia dari Rahmat Mu. Sesungguhnya Engkau berkuasa melakukan apa sahaja.

امين

Pernah diriwayatkan bahawa Muhammad Bin Wasi’, akan membaca doa di atas setiap pagi, selepas solat Subuh.

Beliau mengatakan, pada suatu hari, sewaktu beliau hendak ke masjid, muncul iblis di hadapannya.

Iblis : Wahai anak Wasi’, engkau kenalkah aku?

Ibnu Wasi’ : Siapa engkau ini?

Iblis : Aku Iblis

Ibnu Wasi’ : Engkau mahu apa?

Iblis : Aku mahu supaya engkau jangan ajarkan doa pendinding itu, dan

aku berjanji tidak akan mengganggu mu.

Ibnu wasi’ : Demi Allah, aku tidak akan menghalang siapa pun yang ingin

mempelajarinya, buatlah apa yang engkau mahu.

Orang- orang yang kerap mengingati Allah, baik lelaki, mahupun wanita, orang-orang yang bertaubat kepada Allah dari dosa-dosa mereka, yang memohon keampunan Allah, merekalah orang-orang sukar dikalahkan syaitan dan mampu melelahkan syaitan.

Thursday, August 25, 2011

Cintai mereka yang mencintai..... ^_^


بسم الله الرحمن الرحيم

Sesungguhnya aku sangat cemburu terhadap orang-orang yang mencintai Allah dan rasulNya melebihi diri sendiri.. kerana aku masih tidak punyai cinta seperti mereka miliki.. kerna juga aku masih belum miliki hati seperti mereka… tetapi aku sangat mencintai mereka kerana mereka mencintai Allah dan rasulNya.. dan aku cintai mereka kerana ada pada mereka sumber hikmah…. Doaku… Semoga rahmat Allah sentiasa memayungi mereka…. dan.. semoga aku juga mampu mengikuti jejak langkah mereka… Amin…

Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakhbar.......

Tuesday, August 9, 2011

BAGAIMANA UNTUK KHUSYUK SOLAT?

Seorang ahli ibadah bernama Isam Bin Yusuf, sangat warak dan khusyuk solatnya. Namun, dia selalu khuatir kalau-kalau ibadatnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasainya kurang khusyuk.

Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Assam dan bertanya, "Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?"

Hatim berkata, " Apabila masuk waktu solat, aku berwudhu' zahir dan batin."

Isam berkata, " Bagaimana wudhu' zahir dan batin itu?"

Hatim berkata, " Wudhu' zahir sebagaimana biasa iaitu mambasuh semua anggota wudhu' dengan air."

Sementara wudhu' batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara:-

1. Bertaubat

2. Menyesali dosa yang telah dilakukan

3. Tidak tergila-gilakan dunia

4. Tidak mencari / mengharap pujian orang (riya')

5. Tinggalkan sifat berbangga

6. Tinggalkan sifat khianat dan menipu

7. Meninggalkan sifat dengki.

Seterusnya Hatim berkata, " Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat.

Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku rasakan:

1. Aku sedang berhadapan dengan Allah SWT,

2. Syurga di sebelah kananku,

3. Neraka di sebelah kiriku,

4. Malaikat Maut berada di belakangku, dan

5. Aku bayangkan pula aku seolah-olah berdiri di atas titian 'Siratal mustaqim' dan menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhir bagiku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik.

"Setiap bacaan dan doa di dalam solat, aku faham maknanya kemudian aku rukuk dan sujud dengan tawadhuk, aku bertasyahud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun."

Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.

Wednesday, April 20, 2011

Muhasabah 1: Solat dari hati



Solat dapat mencegah diri dari perbuatan keji dan mungkar.

Tatkala aku teringat wahyu Allah ini, semakin aku rasa diri ini sangat kerdil. Apakah yang telah aku lakukan selama ini? Adakah aku benar benar solat dari hati?

Berteleku aku sebentar. Mengingati semula solat yang aku lakukan sebelum ini. Adakah aku menghayati setiap bait-bait yang aku ucapkan ketika solat? Adakah aku memahami setiap apa yang aku lafazkan? Aku semakin buntu.. di mana silap aku sehingga aku sendiri tidak tahu apa yang aku ucapkan ketika solat? Adakah aku solat hanya sekadar mencukupkan 5 waktu sehari, atau aku solat kerana kebiasaan yang aku lakukan sehari- harian?

Bagaimana aku telah bersikap lalai ketika solat, sedang aku tahu, solat itu adalah komunikasi antara aku dan penciptaku. Betapa aku bersikap tidak acuh ketika berinteraksi dengan penciptaku.. Astaghfirullah…

Natijahnya, lihat sahaja pada akhlak ku yang semakin hari semakin tidak sopan. Ya, barangkali ada sahaja tingkahlaku aku yang menjadi punca kepada ketidak puasan hati manusia lain, bahkan membuatkan hati aku semakin kotor..

Solat ku, aku ukur pada setiap butir bicaraku pada manusia lain. Ya, ada yang bertanya, apakah indicator untuk solat diterima atau tidak? Ada yang berkata, itu urusan Allah, tidak layak bukan bagi kita untuk menilainya. Aku tidak menilai solat ku dari kacamata pencipta(Allah), tapi aku menilai solatku dari kacamata aku,manusia yang hina tetapi berlandaskan garis panduan yang diberi Allah.

Berbalik kepada firman Allah, solat yang sebenar-benar solat, iaitu solat dari hati itu mampu mencegah diri dari perbuatan keji dan mungkar. Ya, adakah kita antara orang orang yang berfikir? Hayati setiap bait-bait firman Allah ini, agar dipasakkan jauh di dalam jiwa kita, agar benar-benar kita menjadikan ayat Allah ini panduan dalam hidup kita.

Wallahuta’ala’alam….

Sunday, February 27, 2011

teman


Aku selalu runsing memikirkan diriku,

masalah yang menimpa diriku,

namun,

aku tidak sedar bahawa teman-teman ku bagaimana?

Mereka yang setia menemaniku,

menceriakan zaman kanak-kanak ku,

adakah mereka seperti dahulu,

atau semakin hanyut dengan arus hidonisma dunia..

Temanku,

maafkan aku kerana tidak manarik tangan kalian bersama-sama dengan ku..

aku tidak kuat untuk menarik kalian dengan tangan ku.

Teman ku,

aku hanya mampu melihat kalian dari jauh..

aku sayang kalian,

namun untuk mencari jalan penyelesaian nya, aku jd buntu..

bagaimana untuk ku bawa kalian bersama?

Teman,

ku serahkan hati kalian dengan pencipta..

agar doaku menjadi tiket untuk ku bawa kalian bersama..

hanya doa yang mampu ku lakukan tatkala ini..

Teman,

jaga dirimu.. jaga iman mu..

biar pun aku menyayangi kalian,

tapi aku yakin bahawa cinta sang Pencipta Maha hebat….

Teman..

terima kasih atas kasih sayang yang kalian berikan padaku….

Walau kalian jauh di mataku, namun, InsyaAllah, kalian dekat di hatiku…

Terima kasih temanku…..

Thursday, February 24, 2011

Pandanglah dengan pandangan hikmah



Bismillahirrahmanirrahim…

Selawat dan salam buat jujungan Muhammad serta ahli keluarga baginda serta para sahabat baginda yang di muliakan…

Seorang adik bertanya kepada aku…

“kak, bukan kah akak kata ikhlas dalam beribadah ini perkara yang sukar?.. macam akak kata sebelum ni, iklas ni seperti seekor semut hitam, di atas batu yang hitam di lihat di dalam keadaan yang gelap… maknanya memang tak nampak… macam mane ye kak, kita nak ketepikan pandangan orang lain yang asyik mengata kat kita, ntah la kak.. penat da nak telan semua ni.. saya tahu saya orang yang biasa-biasa dan ingin nak berubah. Saya jadi ajk masjid ni pun bukan nak jawatan, tapi nak dekatkan diri pada Allah..”

Aku pandang wajah adik ku dengan kasih sayang, ya, aku tahu rasa sakit dalam dirinya. Bukankah aku juga pernah merasainya. Bahkan, sahabat-sahabat seperjuangan ku juga merasai lebih dari yang aku rasa.

“ dik, boleh tak akak katakan, itu semua adalah tarbiyah dari Allah buat adik..”

Adikku memandang ku dan tersenyum..

“A’a kan kak.. tarbiyah dari Allah.. kenapalah saya tak fikir macam akak fikir tu…?”

“hm.. lepas ni, adik pula yang akak menyebarkan islam, ya , sekarang pun adik dah pegang jawatan dalam surau dan adik juga membawa islam, dan adik ada mad’unya.. so, ini cabaran pertama adik.”

“hm.. tarbiyah Allah.. ya la kak, saya ni tak kuat, saya biasa biasa je”

“adik, cuba adik pandang semua kejadian dengan pandangan hikmah… segala apa yang berlaku ada hikmahnya..”

“ subhanaAllah kak.. ya, pandang dengan pandangan hikmah..tapi, saya tak sampai tahap nak pandang semua dengan pandangan hikmah…. ”

“ yup.. pandang dengan pandangan hikmah..dik, tak semua orang faham apa yang kita faham.. menjadi tugasan kita untuk bantu diorang faham apa yang kita fham.. hm… akak pun sedang mengingatkan diri akak.”

Aku tersenyum melihat adik usrah ku. Ya.. dapat juga aku melepas rindu.. subhanallah.. rasa kasih dan syang ini biarlah berpaksikan cintaMu…

“ hm.. x dapat jumpa akk lama2.. sy sedih sebenarnya, dapat jumpa akak kejap sangat..”

Ada genangan air mata tatkala aku melihat matanya..

“ hm. Xpe dik.. InsyaAllah, kita jumpa nanti, ada kesempatan yang Allah beri.”

“ Hm. insyaAllah kak”

Aku hanya dapat bertemu dengan adik usrah aku ni x sampai 30 minit. Subhanallah.. walau sesingkat ini pertemuan aku dan dia, tapi aku bersyukur kerana aku masih lagi mampu berkongsi ilmu, InsyaAllah dengannya...

Kepada adik usrah akk:

Dik, akak hanya ingin berkongsi apa yang akak tahu, kerana akak suatu ketika dahulu pernah merasai apa yang adik rasa.. ingin mencari.. mencari ilmu tentang Dia… biarlah apa yang mereka katakan, adakalanya pujian, kritikan.. jangan biar benda2 macam tu mengubah niat di hati kita… Subhanallah… semoga rasa cinta kami kepada Mu tidak berkurang… ameen.. InsyaAllah.

Wallahuta’ala A’lam

Monday, February 21, 2011

Doa Nabi Daud



Maha suci sang Pencipta, engkau yang menghalang semua hati. Maha suci Allah yang menciptakan cahaya. Tuhan ku, engkau yang membiarkan aku dan musuhku, iblis, sedangkan aku tidak pernah melakukan kesalahan kerana fitnahnya ketika engkau turun bersamaku. Maha suci Allah yang menciptakan cahaya.

Tuhanku, aku tidak pernah meninggalkan kitab zabur, namun aku tidak pernah menghayati nasihat yang aku ajarkan kepada orang lain. Tuhanku engkau memerintahkan aku supaya menjadi seperti seorang ayah yang penyayang kepada anak yatim dan menjadi seorang suami yang penyayang kepada seorang janda. Tapi aku melupakan janjimu. Maha suci allah yang menciptakan cahaya. Tuhanku, dengan mata yang mana nanti aku memandang Mu di hari kiamat? Sesungguhnya orang zalim memandang dari sisi yang samar-samar. Maha suci Allah yang menciptakan cahaya. Tuhanku, celakalah daud apabila tabir di singkap, lalu dikatakan, “inilah daud yang membuat kesalahan itu”

Maha suci Allah yang menciptakan cahaya. Engkau yang Maha memberi pertolongan. Lalu kepada siapa lagi orang memohon pertolongan sekiranya tidak kepada yang memberi pertolongan ? Tuhanku, hanya kepada Mu lah aku lari dan membawa dosa-dosa ku dan mengakui kesalahanku. Janganlah engkau jadikan aku orang yang berputus asa dan jangan pula engkau menghinaku pada Hari kiamat…..

Sunday, February 20, 2011

Sama - sama kita muhasabah diri

Dia merupakan seorang ikhwah yang iltizam terhadap din. Hafiz Al-Quran yang juga sangat bersemangat dalam menuntuni sunnah Nabi dan mendakwahkannya dalam kehidupan sehari-hari. Bolehlah disebut dia sebagai aktivis dakwah. Dengan cahaya ilmu dan amal yang menghiasi dirinya, maka tidak dapat dinafikan, pelbagai pujian mengalir untuknya. Keluarga, sahabat handai dan orang yang mengenalinya memujinya. “Soleh” , “zuhud” , “alim” dan berbagai sanjungan lain mereka sematkan untuknya.

Demikianlah keadaannya. Sehingga di suati ketika dia mengenal internet, di sinilah perubahan itu bermula. Dia yang walaupun berlatar belakang dari sekolah biasa, namun sejak kenal dengan dakwah dan tarbiyah sudah mula menjaga jarak dari lawan jenis, bahkan terputus komunikasi antaranya dengan lawan jenis, kecuali bila darurat atau ada hajat yang perlu ditunaikan. Tatkala dia membuka dan menjelajahi dunia maya, terpanalah dia. Dia melihat dunia baru yang belum pernah dikenalinya sebelum ini.

Dia terpana menyaksikan interaksi antara (sebahagian) ikhwah dan akhwat di “dunia baru” ini. Jika hubungan antara (sebahagian) ikhwah dan akhwat terasa “dingin” di dunia nyata, namun di dunia maya, justru “kehangatan”lah yang terasa. Sekat yang selama ini membatasi pergaulan Ikhwah-akhwat dalam dunia nyata, seolah-olah tak teraba di dunia maya. Para ikhwah yang selama ini “kaku”, “kontrol macho” di hadapan akhwat, begitu juga sebaliknya, namun di dunia maya semua itu seakan tinggal cerita. Yang dia saksikan justru “keramahan”: saling menyapa, gurau senda dan saling berkongsi masalah. ”Pesona” seperti inilah yang dia saksikan hampir setiap hari di dunia maya. Terlihat “indah” memang. Namun, baginya “pesona” itu hanyalah fatamorgana yang menipu. Dia tak menghiraukannya. Dia tetap istiqamah dalam ilmu dan amalnya.

Akan tetapi, betapapun jernihnya kaca, bila selalu terkena debu maka akan kusam pula akhirnya. Meskipun dia mengingkari “pesona” yang ada di depan matanya, namun ketika “pesona” itu berulang-ulang disaksikannya sehari-hari, tanpa disedari “pesona” itu mewarnai benaknya dan bergelayut di hatinya. Jadilah “pesona” itu seakan magnet yang menariknya untuk menghampiri dan menyambutnya. Maka tatkala luapan “pesona” itu telah tertambat kuat di hatinya dan membuncah di dadanya, tak sanggup lagilah dia untuk menjauhinya . Dia pun menghampiri blog-blog para akhwat demi “maslahat dakwah”. Dia buka chatting dengan lawan jenis untuk suatu tujuan yang namanya “hidayah”.

Tak disangka, ada “kehangatan” tersendiri baginya ketika itu. Maka dia pun makin bersemangat memberikan faedah atau nasihat kepada lawan jenisnya melalui komen di blog atau chatting. Demikianlah seterusnya, nasihat demi nasihat selalu mengalir darinya. Setelah berlalu beberapa waktu dilanjutkan dengan “nasihat akrab”: nasihat dengan sedikit canda agar menghilangkan “kekakuan”. Demikian seterusnya. Sehingga akhirnya dia mengunjungi blog-blog para akhwat dan chatting dengan mereka hanya sekadar untuk bergurau senda, mengisi masa lapang dan menghilangkan stress.

Tanpa terasa adab-adab berbicara terhadap lawan jenis makin dilalaikan. Ilmu dan amal yang selama ini diusahakan mula ditinggalkan. Akhirnya fikirannya dipenuhi dengan “pesona dakwah“ yang dijalankannya. Di hatinya tersemai rindu untuk bertemu dengan “mad’u”nya. Bila satu hari saja tidak memberi “nasihat”, kegalauan mengurung hatinya dan menyesakkan dadanya.

Tak terasa hafalan Al-Qurannya pun terganggu. Kekhusyukannya dalam membaca dan merenungi kitabullah pun mulai luntur. Hari demi hari berlalu terasa makin sulit baginya untuk mentadabur ayat-ayat Al-Quran yang dibaca atau didengarnya. Dia tidak bisa lagi mencecap manisnya menyelami Al-Quran seperti sebelumnya.

Apa yang salah denganmu, ya akhi? Kenapa hatimu menjadi keras? Mana air mata yang dulu menitis dari matamu tatkala ayat-ayat Allah dilantunkan? Mana semangat beramalmu yang dulu membara tatkala hadits Nabi disebutkan? Apa penyebab semua ini, wahai saudaraku?

Internet! Itulah jawapan dari semua pertanyaan tadi. Kamu telah menjadi korban internet. Internet, chatting, facebook dan yang semisalnya telah menjauhkanmu dari cahaya hidayah!

Internet memang merupakan salah satu kenikmatan yang diberikan Allah kepada kita semua di zaman ini. Namun siapa yang menyangka jika kenikmatan ini boleh berubah menjadi kebinasaan tatkala melampaui batas-batas hukum-Nya atau digunakan untuk selain yang diredhai-Nya.

Tak ada yang salah seorang ikhwan ingin mendakwahi atau memberi faedah kepada akhwat, begitu juga seorang akhwat ingin mendakwahi atau memberikan faedah kepada ikhwan. Namun apa faedah yang ingin kamu sampaikan jika ada “sesuatu” pada hatimu tatkala menasihatinya? Apa faedah yang ingin kamu sampaikan jika fikiranmu membayangkan sosoknya? Apakah kata-kata mesramu itu dapat menunjukkannya pada hidayah? Apakah candamu itu dapat mendekatkannya kepada Allah?

Betul, di zaman salafus saleh memang ada surat-menyurat antara lelaki dan wanita. Melalui surat, mereka saling menegur, menasihati, memenuhi keperluan yang perlu diselesaikan. Akan tetapi, sudahkah kamu menyamai mereka dari sisi ilmu dan ketaqwaan? Apakah kamu telah meneladani mereka dalam menjaga adab-adab berbicara terhadap lawan jenismu? Apakah darjat ketaqwaanmu telah menyamai mereka sehingga hatimu tak merasakan “apa-apa” tatkala menasihati “mad’u”mu?

Kalau jawapanmu belum, maka tutuplah “keindahan” dan “kerinduan” yang telah kamu rasakan ini. Gantilah itu dengan keindahan tangismu tatkala membaca ayat-ayat Rabbmu. Gantilah itu dengan kebahagiaan hatimu tatkala menuntuni sunnah Nabimu. Gantilah itu dengan kerinduanmu untuk bertemu dengan-Nya di akhirat kelak.

Kalau kamu merasa kebiasaan barumu itu sebagai sesuatu yang lumrah dan lazim, apalagi sampai menganggapnya sebagai sesuatu yang perlu diperjuangkan dan tidak semestinya dikekang, maka marilah kamu kami mandikan, kami kafankan, kami solatkan, lalu kami kuburkan. Kerana hatimu sudah beku, nyawa-nyawa ikan atau mati, meski masih bergerak jasadmu, masih menatap matamu, dan masih berbicara lisanmu. innaa lillahi wainnaa ilaihi raji'un…

Sumber artikel.. tak ingat.. ape2 pun untuk peringatan bersama.. InsyaAllah…


A

A

Saturday, February 19, 2011

Kerna kau sahabatku....


Bismillahirrahmanirrahim…. Selawat dan salam buat junjungan nabi, ahli keluarga baginda serta para sahabat…..

Hikmah ujian - Mestika

Dalam derita ada bahagia

Dalam gembira mungkin terselit duka

Tak siapa tahu

Tak siapa pinta ujian bertamu

Bibir mudah mengucap sabar

Tapi hatilah yang remuk menderita

Insan memandang mempunyai pelbagai tafsiran

Segala takdir

Terimalah dengan hati terbuka

Walau tersiksa ada hikmahnya

Harus ada rasa bersyukur di setiap kali ujian menjelma

Itu jelasnya membuktikan Allah mengasihi mu setiap masa

Di uji tahap keimanan sedangkan ramai terbiar dilalaikan

Hanya yang terpilih sahaja antara berjuta mendapat rahmatnya

Allah rindu mendengarkan rintihan mu berpanjangan

Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi

Segala ujian diberi

Maka bersyukurlah selalu


Wahai sahabatku.. hanya bait2 lirik ini yang dapat aku berikan padamu. Hayatilah….. Aku amat mengharapkan agar kau tabah menghadapi ujian Ilahi.. sangat berat hati ini tatkala mendengar rintihan mu. Tetapi sahabatku, Allah tahu yang terbaik buat dirimu.. aku hanya boleh melihatmu dari jauh menaggung segala derita sendirian, dan usaha paling besar yang mampu aku lakukan adalah berdoa kepada yang Maha Berkuasa buat kesejahteraan dirimu… Insyaallah.. ameen…

Wallahuta’ala’alam….

Monday, January 31, 2011

WaHai KEkaSIh....

Sunday, January 2, 2011

PerLuKAh MaTA?


Bismillahirrahmanirrahim.. Selawat dan salam buat junjungan rasulullah saw dan keluarga baginda serta para sahabat baginda yang di kasihi Allah.

Keredhaan Allah terletak dibelakang keredhaan ibu dan bapa..

Ibu dan ayah adalah anugerah tak ternilai dari Allah.. Adakah kita anak-anak sedar tentang perkara ini.. Atau kita sekadar sedar?

Seorang ibu itu tidak perlu mata untuk membesarkan anak-anaknya..

Ye ke?

Jawapannya ya. Bagaimana ibu atau ayah yang buta membesarkan anak-anak?

Perkataan yang paling bijaksana untuk saya katakan adalah seorang ayah atau ibu membesarkan anak-anak mereka dengan mata hati.. Mereka mungkin buta di mata, tapi tidak pada hati.

Kasih dan sayang yang Allah campak di dalam hati setiap ayah dan ibu.. Itu yang memandu mereka membesarkan anak-anak mereka…

Sesungguhnya kasih sayang seorang ayah dan ibu tiada bandingannya. Terlalu besar pengorbanan yang mereka lakukan demi yang terbaik buat anak-anak mereka.

Mereka sanggup bergadai nyawa demi anak-anak mereka.

Seorang ayah sanggup berhutang dengan along, rasuah, dan sebagainya untuk memberi keselesaan pada anak-anak..

Seorang ibu sanggup menjadi pelacur, GRO dan sebagainya untuk mendapatkan wang membela nasib anaknya yang hidup di dunia materialistic ini..

Ya.. Cara yang mereka lakukan ini salah, namun, harus kembali kepada tujuan mereka melakukan perkara tersebut. Ingin membesarkan anak-anak mereka…

Saya tidak membela pelacur, GRO, atau perasuah.. Namun, sekadar membawa diri melihat di dalam kehidupan mereka.

Seorang anak yang bijak ialah anak yang secara bijaksana membawa ayah dan ibu kembali kepada Islam. Bukan anak yang menghina, menyisihkan atau menyalahkan kedua ibu bapa mereka dengan kesalahan yang telah mereka lakukan..

Tahukah kalian bahawa untuk membesarkan kita, ibu bapa kita menghadapi terlalu banyak cabaran.

Semasa kita masih bayi, kita menangis, di dodoikan, kita masih menangis, di beri susu, kita masih menangis, di tukarkan lampin, masih jua kita menangis.. Tahukah kalian, bahawa sampai satu tahap ibu bapa buntu untuk memenuhi kehendak kita.. Ingin di tanyakan pada kita apa yang kita mahu.., tapi ketika itu kita masih bayi, tidak boleh berkata-kata…

Subhanallah.. Kebesaran Mu juga terlihat di sebalik kasih sayang ibu bapa kami…

Tatkala kita sudah dewasa, menjadi remaja, kita semakin menjadi-jadi, remaja berdarah panas..
Sekali di tegur, melenting, meninggikan suara.. Pantang ditegur. Habis pintu bilik berdentum di hempas.. Perkara yang betul di tegur ibu dan ayah, kita melawan membantah.. Mereka cakap secara lembut, kita lawan.. perlekehkan.. Mereka bertegas, kita merajuk.. Kita telah buat ayah dan ibu kita buntu.. Buntu untuk menasihati kita.. Mereka bersoal jawab di dalam diri.. “Bagaimana caranya untuk aku menegur anak-anak ku lagi? Salahkah cara aku?”

AstaghfirullahalA’zim.. Keampunan mu ku harapkan.. Agar aku memuliakan kedua ibu bapa ku ketika aku masih hidup… Ameen..

Saya juga seorang anak yang sering melakukan kesalahan.. Seringkali menyakiti hati ibu dan ayah sama ada sedar atau tidak.. Semoga saya mampu membahagiakan ibu dan bapa saya sehingga nyawa terpisah dari jasad saya.. InsyaAllah. Amin.

Mak dan Abah.. Maafkan anak mu andai anakmu ini buta.. Buta dalam menilai kasih sayang mu, buta untuk melihat pengorbananmu..

Mak dan Abah.. Hanya Allah yang mampu membalas pengorbanan mu..

Marilah kita sama-sama mencelikkan mata hati dalam menilai kasih sayang ibu bapa kita.. Menghargai anugerah tidak ternilai dari Allah buat kita.. InsyaAllah..

Wallahuta’alaA’lam..

WaRKAh IStiMewA....

Bismillahirahmanirrahim.. Selawat dan salam buat Rasulullah saw dan keluarga baginda serta para sahabat baginda yang dikasihi Allah.

Mak,
Mak tahu tak? Mak lah insan yang teristimewa dalam hati saya.. Walau saya tak pernah cakap macam tu kat mak, tapi itulah hakikatnya… mak.. Saya ingat lagi.. Saya pernah sakitkan hati mak.. Mase tu mak datang kat bilik saya, dan mak kate, mak sangat sakit hati dengan saya..tapi.. Saya tak tahu apa silap saya.. Mak tahu tak? Mase tu saya rasa sangat sedih dan terkejut sangat… jujur saya katakan, saya tak tahu silap saya…mak.. Malam tu jadi malam yang celaka bagi saya.. Saya tak boleh nak tidur.. Saya takut, klau saya mati.. Saya mati di dalam kemurkaan Allah…Saya dah kecik kan hati mak… saya sayang mak.. Saya tak tahu saya silap kat mana…saya tak pegi pujuk mak pun.. Saya takut sangat.. Saya tak tahu nak buat apa… takpela.. Saya tunggu esok…tapi.. Esoknye.. Mak tak panggil saya langsung.. Mak langsung tak sebut nama saya.. Mak betul2 marahkan saya kan?.. Masa tu saya rasa pintu rahmat da tertutup buat saya.. Saya sedih sangat.. Sekali pun mak tak sebut nama saya.. Mase tu, saya tunggu mak cakap ngan saya.. Mak tengking atau marah kat saya pun tak ape.. Saya tak kisah.. Asal.. Mak cakap dengan saya…tapi.. Kasih sayang mak tiada tandingan.. Lusa baru mak cakap dengan saya.. Macam biasa.. Saya buat macam tak de pape.. Saya takut kalau saya akan mengguris hati mak lagi..saya..sayang sangat kat mak…

Mak,
Mak tau tak? Mak ni sangat saya sanjung.. Mak kuat.. Mak kuat semangat untuk besarkan kami adik beradik.. Mak buat kerja berat… kemas rumah.. Buat emping..buat kerepek.. Jaga budak..semua mak buat..saya tak larat buat kerja yang mak buat..saya nak tolong mak..tapi..tak kuat..saya ni..ngade-ngade je kan mak?….tapi.. Memang secara jujur.. Tangan saya tak kuat nak putar mesin..klau buat kerepek tu.. Mungkin saya boleh tolong…mak..walau hiduk kita tak senang.. Tapi kita tak susahkan mak? Kita masih lagi boleh makan.. Sebab.. Mak dan abah kerja keras.. Mak selalu cakap.. Mak ingat mak boleh senang lenang lepas kawen..tapi mak tetap kerja susah..kesian mak kan?.saya masih belajar.. Saya nak tolong mak, tapi tak tahu macam mane… saya sayang mak…

Mak,
Terima kasih.. Terima kasih kerana membesarkan saya serta adik beradik saya.. Mak bagi kami kasih sayang yang tiada ternilai..mak..saya sayang mak.. Mak.. Mak tak pernah merungut dalam membesarkan kami adik beradik..terima kasih mak..kadang kadang mak ngadu kat saya pasal perangai adik beradik saya.. Mak kecewa dengan kami.. Maafkan kami ye mak..darah muda..kami..sayang sangat kat mak..kami terlalu ikut nafsu..maafkan kami ye mak..

Abah,
Abah tahu tak? Saya sayang sangat kat abah.. Walau saya jarring borak ngan abah..tapi, saya sayang sangat kat abah.. Abah..saya bangga sangat kat abah.. Bila mak cerita tentang kisah abah kecik-kecik..saya suka sangat dengar… abah kuat semangat.. Dulu.. Abah susah sangat nak kenal huruf..tapi.. Abah tekad.. Abah belajar ngaji ngan bilal kampung.. Hari-hari abah belajar..walau abah susah nak dapat,tapi abah usha.. Hasilnya..sekarang abah jadi imam kat kampung kita.. Abah.. Saya sayang sangat kat abah..

Abah,
Terima kasih.. Abah la yang hantar saya pegi balik ke sekolah, dari saya tingkatan satu..sampai tingkatan lima.. Abah tak merungut..walau kadang-kadang abah kena tunggu lama..tapi abah tetap tunggu… terima kasih banyak abah… abah penat tanam ubi..pungut melinjau…tapi abah tetap tak lupa tanggung jawab abah kat masjid.. Dari abah jadi noja..sampailah abah jadi imam..abah kate..nilah amalan buat kita sekeluarga…terima kasih abah….

Abah,
Saya tak pandai nak berborak dengan abah.. Macam kakak dan abang..saya juga tak pandai nak bergurau dengan abah..macam adik.. Saya tak pandai..tapi..saya tahu..saya sayang abah..terima kasih abah..

Abah.. Mak..
Mak beruntung dapat suami macam abah..panyabar..diam..tak banyak cakap..orang kampung semua suka kat abah..mak pula..pandai cari kerja..untuk sara keluarga..pandai berniaga…abah dan mak adalah anugerah tak ternilai buat saya..nanti..kat akhirat..saya nak cakap kat Allah..yang mak dan abah dah jalankan tanggungjawab sebagai Ibu dan bapa dengan baik..terima kasih Allah..sebab bagi anugerah tak ternilai ini..

Mak..abah..
Saya harap sangat yang saya dapat bahagiakan mak dan abah hingga akhir hayat saya….terima kasih mak..terima kasih abah..saya sayang kalian berdua..semoga rahmat Allah buat kalian..

Wallahutaa’laA’lam…
 
Sampaikan© Designed by: Compartidisimo